Mbappe Tidak Tolak Kemungkinan Sertai AC Milan Yang Dia Sokong Sejak Kecil

Kylian Mbappe tidak menolak kemungkinan akan bermain di Serie A. Dan dia sudah ada pasukan pilihan jika bermain di sana iaitu AC Milan.

Menurut Mbappe, dia sekeluarga merupakan peminat tegar AC Milan ketika dia masih kecil. Di mana dia sekeluarga seringkali menyaksikan aksi AC Milan di kaca tv.

Mbappe kini rasmi bergelar ejen bebas, dengan pemain itu dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Mbappe meninggalkan PSG secara percuma setelah dia memutuskan tidak mahu melanjutkan lagi kontrak dengan kelab yang berpangkalan di Paris itu.

Bercakap kepada Sky Sports Itali, Mbappe menegaskan bahawa dia tidak menolak kemungkinan akan merumput di Itali.

“Bola sepak Itali ke? Kamu tak akan pernah tahu. Saya selalu cakap, jika saya pergi bermain di Itali suatu hari nanti, saya akan pergi bermain di Milan.

“Ketika saya masih kecil, saya peminat tegar AC Milan dan saya sentiasa menyaksikan perlawanan Serie A, melibatkan semua aksi AC Milan.

“Kesemua keluarga saya adalah peminat tegar AC Milan.”

Peminat AC Milan pastinya gembira mendengar perkhabaran ini. Siapa tahu Mbappe benar benar menyarung jersi Milan selepas ini?

Real Madrid sudah sedia mengumumkan Mbappe sebagai bintang baharu mereka. Namun buat masa ini segala fokus ditumpukan kepada final Liga Juara Juara Eropah menentang Borussia Dortmund pada 2 Jun ini.

Kylian Mbappe kini adalah salah seorang pemain terbaik di dunia. Pada usianya yang masih muda dia sudah membantu negaranya memenangi Piala Dunia 2018.

Kini dia fokus untuk membantu negaranya dalam Euro 2024 yang akan dilangsungkan di Jerman.