Mbappe Tunjuk Reaksi Kecewa Dikeluarkan Enrique

Kylian Mbappe sekali lagi tidak sehaluan dengan Luis Enrique. Sebelum ini dia pernah mengkritik taktikal pengurus itu secara terbuka.

Dan Mbappe turut pernah menunjukkan reaksi tak puas hati ketika dikeluarkan.

Terbaru, Kylian Mbappe sekali lagi menunjukkan reaksi kecewa ketika melihat namanya dipanggil untuk digantikan pada minit ke-65 perlawanan ketika menentang Marseille.

Lihat reaksi Mbappe di sini:

Luis Enrique sekali lagi ditanya tentang komen beliau tentang perkara itu. Pengurus asal Sepanyol itu menyatakan dia dah bosan membincangkan topik itu.

Pendirian dia masih sama seperti sebelum ini, dia tidak akan pernah rasa takut untuk memasukkan atau mengeluarkan mana mana pemain yang dia rasa perlu termasuk Kylian Mbappe.

Enrique berkata: “Orang ramai yang setuju dengan keputusan saya? Saya tak peduli. Ianya irama yang sama setiap minggu, sama je, dah bosan dah saya dengar.

“Saya pengurus di sini, saya yang membuat keputusan setiap minggu. Saya akan melakukan yang terbaik demi PSG. Dan saya akan melakukan perkara ini sehingga hari terakhir saya di Paris,” kata Enrique.

Enrique merasakan bahawa dia perlu mengeluarkan Mbappe untuk menjaga kaki pemain itu. Kerana selepas ini PSG akan melalui jadual agak padat. 2 aksi domestik sebelum menentang Barcelona dalam suku akhir Liga Juara Juara Eropah.

Dalam aksi menentang Marseille, PSG menang 2-0 dalam perlawanan tersebut. Mengukuhkan lagi kedudukan mereka di puncak liga dengan beza 12 mata daripada pasukan tangga kedua.

Peminat kemudian mengingatkan Mbappe bahawa dia sekarang sudah hilang status sebagai pemilik kelab kerana dia akan pergi pada akhir musim ini.

Mbappe sebelum ini diberikan klausa ala pemilik kelab oleh Nasser Al Khelaifi. Di mana dia boleh bersuara dalam isu jual beli pemain atau perlantikan jurulatih sekalipun. Ianya sebagai tanda bahawa PSG benar benar terlalu serius mejadikan Mbappe sebagai pusat projek bola sepak mereka, beralih daripada Neymar sebelum ini.

Ketika itu Mbappe menandatangani kontrak baharu dengan PSG dan membuat u turn daripada menyertai Real Madrid.

Namun akhir musim ini Mbappe akan pergi secara percuma dan dikatakan destinasi yang seterusnya adalah kota Madrid.

Baca yang lain