MBSA Terima Permohonan Maaf Pak Ya, Beri Semula Permit Persembahan

Pelawak otai, Ilya Buang Shaharum ataupun lebih dikenali sebagai Pak Ya kini boleh beraksi semula di atas pentas selepas permohonan maaf beliau diterima oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Semalam Pak Ya sudah meminta maaf di atas tindakannya – yang dikatakan telah mengguris hati ramai pihak.

Ianya selepas persembahan beliau bersama kumplan Rare dalam aksi final Maharajawak Mega dikatakan telah menyindir kerajaan PH dengan lawak PH air.

Pada malam final MLM 2019 tersebut, kumpulan Rare melakukan lawak sindiran menyaksikan Ropie menggunakan penapis air, untuk menapis kadar neutral dan kandungan pH (air).

Pak Ya kemudiannya bertanya, adakah pH air itu okey, namun Ropie memberi jawapan: ‘Teruk’.

Pak Ya kemudian diharamkan oleh MBSA dan permit hiburan beliau ditarik.

Namun selepas meminta maaf, MBSA telah menerima maaf beliau serta mengembalikan semula permit hiburan Pak Ya.

Permit itu disampaikan Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan selepas kumpulan turut dianggotai Ajak Shiro dan Ropie memohon maaf secara terbuka.

Ia susulan keterlanjuran menyindir kerajaan ketika persembahan di pentas akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 pada 10 Januari lalu.

MBSA menerusi Facebook mereka menyatakan:

“MBSA mengingatkan kepada mana-mana pihak yang ingin mengadakan persembahan hiburan di kawasan pentadbiran ini supaya mematuhi syarat dalam permit hiburan dengan tidak menyentuh sensitiviti masyarakat terutama melibatkan isu perkauman. Semoga agenda seni tempatan negara terus bermanfaat kepada masyarakat.”

Pak Ya bukannya nama asing dalam arena hiburan komedi tanah air. Beliau juga pernah menempa kegemilangan berssama kumpulan seperti Senario pada satu ketika dahulu.

Dengan berita pemberian semula permit kepada Pak Ya, bermakna beliau boleh meneruskan rakaman dua episod Sepahtu Reunion Live, yang bertempat di Royal Theatre Shah Alam.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi