McGinn Balas Komen Rodri: “Ada Yang Mahu Kami Lawan Tiki Taka Dengan Sepanyol Ke? Memang Tak La!”

Bintang Scotland, John McGinn membalas balik komen Rodri tentang taktikal Scotland yang dilabelnya sebagai sampah.

Scotland memperoleh kemenangan 2-0 ke atas Sepanyol di Hampden Park pada malam Selasa, dengan pemain tengah Manchester United Scott McTominay menjaringkan dua gol dalam kemenangan mengejut itu.

Setelah menewaskan Cyprus dalam perlawanan pembukaan kelayakan Euro 2024, pasukan kendalian Steve Clarke itu melonjak ke tangga teratas Kumpulan A selepas mengatasi Sepanyol.

Selepas perlawanan, bintang City Rodri menganggap Scotland pasukan yang banyak ‘membuang masa’ dan ‘memprovokasi’ Sepanyol sepanjang pertembungan, manakala pertahanan Osasuna, David Garcia mendakwa rumput itu “terlalu panjang”.

“Ia adalah cara mereka bermain,” kata Rodri. “Anda perlu menghormatinya tetapi bagi saya, ia agak sampah. Kerana ia sentiasa membuang masa. Mereka memprovokasi anda, mereka selalu jatuh.”

“Bagi saya, ini bukan bola sepak. Untuk semangat sukan itu, anda perlu teruskan sahaja. Pengadil perlu mengawal perkara ini tetapi dia tidak berkata apa-apa.”

“Pada pandangan saya, mereka bermain seperti sampah.”

Bagaimanapun, McGinn, bercakap kepada Sky Sports, menyangkal beberapa dakwaan itu, tetapi mengakui Scotland bermain dengan kekuatan mereka menentang pasukan Luis de la Fuente dengan kelebihan tempat sendiri.

Dia berkata: “Saya memang melihat komen-komen itu. Saya sebenarnya tidak memberikan reaksi sangat kepadanya.”

“Saya tidak benar-benar pasti itu adalah sesuatu yang boleh disasarkan kepada kami, tentang menjatuhkan diri, membuang masa? Sudah tentu. Jika sesiapa mengharapkan kami untuk berdepan dengan Sepanyol dalam pertarungan tiki-taka selama 90 minit dan menjangkakan kami akan pulang dengan tiga mata — maka tiada peluang sama sekali.”

“Jadi saya fikir semua orang perlu mendapatkan sedikit realisme mengenainya, sedar bahawa kami perlu mencari jalan untuk menewaskan Sepanyol dengan cara tersendiri dan kami berjaya melakukannya.”

“Ya, rumputnya agak panjang, padangnya sedikit melekit tetapi ia di Scotland, bukan Sepanyol. Itulah kelebihan menjadi pasukan tuan rumah yang kami gunakan.”

“Saya fikir kami mengendalikan permainan dengan baik, dengan matang. Adakah kami membuang masa sedikit? Sudah tentu kerana kami mendahului dari awal. Adakah kami berguling [dengan mudah] ketika cabaran? Tidak, kami sama dengan pemain Sepanyol.”

“Jadi saya tidak saya tidak bersetuju dengan itu tetapi Sepanyol adalah pasukan berkelas dunia dan saya pasti mereka akan bangkit.”

 

Baca yang lain