McGregor Beri Bayangan Sedia Sertai WWE

Legenda UFC, Conor McGregor sudah sedia untuk terlibat dalam satu lagi crossover dalam bidang sukan tempur.

Sebelum ini dia pernah beraksi dalam gelanggang tinju. Sekarang ini sedia untuk ke WWE pula. Jika itu berlaku, ianya pasti akan menarik perhatian dunia.

Sama seperti ketika Ronda Rousey bertukar bidang ke WWE dari octagon UFC.

Spekulasi Conor McGregor ke WWE mulai timbul apabila Conor McGregor memuat naik gambar dia dengan bengkung kejuaraan UFC dan sebelah lagi WWE.

Ramai merasakan bahawa ia adalah bayangan bahawa McGregor juga mahu memahatkan namanya sebagai juara WWE selepas ini.

Selepas gambar itu dimuatnaik, promoter WWE, Paul Heyman sempat mengehek McGregor sebagai berangan angan menjadi Roman Reigns seterusnya.

McGregor terus membalas tweet itu dengan berkata: “Hati hati sikit [bercakap] atok. Saya akan muncul dan pecahkan dagu kamu kat 3 tempat.”

Conor McGregor harus diakui sebagai legenda UFC. Menjadi petarung UFC pertama yang memenangi dua kejuaraan dunia pada kelas berbeza pada satu masa yang sama.

Namun reputasinya calar selepas dia terlalu banyak bermain dengan trash talk menjelang pertemuan dengan Khabib Nurmagomedov.

Di mana McGregor turut membuat trash talk melibatkan keluarga dan agama Nurmagomedov.

McGregor kalah dalam pertarungan itu dan kemudian kariernya tidak lagi sama seperti dulu.

Dia malah pernah mengeluh bahawa UFC seolah olah tidak menghormatinya dan seringkali berdolak dalik dalam menetapkan kad pertarungannya.

Baca yang lain