McGregor: “Dia Yang Terbaik Ketika Ini”

The Eagle menewaskan McGregor melalui pertarungan perebutan bengkung kejuaraan pada UFC 229 pada November 2018.

Ketika itulah wujud salah satu perseteruan paling panas dalam sukan dunia pada era mereka.

Objek melayang ke dalam bas, kru diserang selepas pertarungan, kemudian bermacam macam lagi siri berbalas balas sindiran di media serta media sosial.

McGregor beberapa kali mencabar untuk rematch. Namun Nurmagomedov menganggap ianya sebagai tidak adil untuk petarung lain.

Kalau McGregor mahu bertemu dengannya kenalah melalui laluan yang tepat kerana ada ramai petarung lain mahukan peluang saksama dalam merebut kejuaraan.

Nurmagomedov tidak mahu seorang petarung yang berehat panjang, dan membuat benda lain selain UFC, kembali semula dan terus beraksi dalam pentas pertarungan untuk bengkung kejuaraan.

McGregor mengadakan satu sesi soal jawab dengan pengikutnya di Twitter. Dan sudah pastinya dia akan ditanya tentang Khabib Nurmagomedov.

Petarung UFC yang mengunci leherhnya sehingga dia tapped out.

McGregor dengan penuh pujian ke atas bekas musuhnya dalam sesi soal jawab di Twitter itu.

McGregor: Ketika ini dia yang terbaik

Ditanya pendapatnya yang jujur ​​tentang Khabib, dia berkata:

“Seorang petarung dengan teknik cengkaman yang fenomenal. Ketika ini, dia yang terbaik dalam sukan ini.”

“Saya ada jawapan, namun mereka tahu.”

Ditanya tentang siapakah lawan yang paling sengit dan paling sukar dalam kariernya. McGregor menjawab orang itu adalah Nate Diaz.

Mungkin ramai yang fokus kepada perseteruan McGregor dan Khabib. Tapi bagi mereka yang sudah mengikuti UFC lebih awal, perseteruan McGregor dan Nate Diaz juga antara yang paling panas.

McGregor memuji Diaz sebagai petarung yang hebat dan beliau sangat bersedia jika ada trilogi dengan Nate Diaz.

Sementara itu, presiden UFC, Dana White, percaya Khabib Nurmagomedov akan keluar dari persaraan untuk menjadikannya 30-0.

Dia berkata: “Dia sangat emosional setelah pertarungan itu. Segalanya berlaku kepadanya.”

“Kemudian dia juga patah jari kakinya ketika menuju pertarungan itu, dia perlu bertarung, dan dengan pemergian ayahnya, saya rasa dia sangat emosional dan kesemuanya berlaku tepat pada malam itu.”

“Saya tidak mengatakan bahawa dia akan 100% keluar dari persaraan untuk 30-0, tetapi saya merasakan dia akan melakukannya.”

 

Baca yang lain