McGregor Klaim Kamaru Usman Menang Kerana Meniru Pukulannya, Dan Mahu Ajar Petarung Itu

Kamaru Usman menang dengan bergaya ke atas Jorge Masvidal dalam acara UFC 261 di VyStar Veterans Memorial Arena, Jacksonville, pada Ahad. Usman menang pada pusingan kedua dengan KO.

Namun kemenangan itu membuatkan McGregor tak senang. McGregor menuduh Usman meniru pergerakannya di atas octagon yang membantunya mempertahankan  bengkung kejuaraan welterweight selam empat kali.

McGregor menyatakan perkara itu menerusi instagram miliknya dan menyertakan bukti bahawa petarung itu meniru teknik tumbukannya.

Dalam video tersebut, serangan McGregor begitu berkesan. Setiap pukulan yang dilancarkan petarung Ireland ditujukan tepat pada Poirier.

“Bahkan Usman sekarang meniru pukulan saya. Adakah saya akan melawan lelaki ini pada tahap tertentu? Saya rasa begitu,” kata McGregor sambil membayangkan dia mahu bertemu dengan Usman selepas ini dan tidak mahu ada lagi petarung lain yang meniru tumbukannya.

Conor juga menyatakan kesalahan Usman itu tak boleh dimaafkan dan perlu diberikan pengajaran.

Seterusnya McGregor mensasarkan kelas menengah, yang beratnya 77.1 kg.

“[Kamu ] tidak bolehmeniru kata-kata dan pukulan saya,  tanpa makan penumbuk [dari saya] kerana itu.”

“Saya suka 170 [lbs / 77.1 kg]. Ia akan menjadi milik saya tidak lama lagi,” sambung McGregor.

Kamaru Usman memberikan respon beliau sudah bersedia untuk bergocoh dengan McGregor dalam kelas menengah itu. Dan Kamaru Usman menyatakan dia sudah sedia menghapuskan McGregor kerana itu memang pekerjaannya.

 

Kamaru Usman tidak terkalahkan dalam 14 perlawanan berturut-turut di UFC. Rekod ini adalah rekod terbaik di bahagian 170 paun.

Sebagai tambahan, Kamaru Usman dapat menyingkirkan empat pesaing utama di kelasnya dengan Jorge Masvidal menjadi petarung pertama yang menelan dua kekalahan.

Satu kelebihan lain yang menjadikan Kamaru Usman sebagai lawan yang menakutkan adalah kemampuannya dalam pertempuran di atas lantai dan ketika berdiri.

Kamaru Usman sebelum ini mendakwa Conor McGregor takut untuk menyahut tawarannya untuk pertandingan gelaran kelas welter.

“Conor tahu dia tidak mahu masuk ke dalam masalah. Saya menawarkannya pertandingan gelaran kejuaraan. Conor tidak menginginkannya,” kata Kamaru Usman kepada TMZ.

“Itu sangat teruk sehingga tidak membuat saya tak bahagia kerananya, kerana dia akan mengalami kekalahan yang sangat mengerikan,” lanjutnya.

Baca yang lain