McGregor Muat Naik Gambar Kakinya Masih Bengkak Disepak Poirier

Share on facebook
Share on twitter

Conor McGregor telah menyiarkan gambar terbaru kakinya yang bengkak kerana tendangan maut daripada Dustin Poirier itu.

Sudah 12 hari sejak petarung Ireland itu menelan kekalahan pertama di tangan saingan kelas ringan di tangan Poirier dalam ‘rematch’ mereka pada UFC 257.

‘The Diamond’ mengakhiri pertarungan tersebut dengan memberikan kerosakan serius pada betis lawannya.

Terdapat satu video slow-mo menunjukkan saat tepat kaki McGregor terkena sepakan maut itu. Dan selepas itu McGregor mengakui dia tidak mampu bergerak dengan betul atas Octagon.

McGregor beberapa kali cuba menyerang lawannya dengan pantas namun terhalang kerana kakinya semakin membengkak.

 

McGregor meninggalkan Etihad Arena dengan keadaan bertongkat ketika dia menuju ke sidang media pasca-pertarungan.

“Saya gembira untuk meluangkan lebih banyak masa masa di dalam Octagon UFC yang terkenal. 40 saat dalam tiga tahun ini, adalah semua yang saya miliki sehingga ke pertarungan ini, saya menikmati setiap saat dan menikmati pekerjaan saya.” kata petarung legenda Ireland itu.

McGregor mengakui pendekatannya yang bercampur dengan pendekatan tinju yang membuatkannya tewas.

“Mendisplinkan diri saya sedikit dengan pendekatan dan cara yang lebih kepada tinju. Itulah yang saya dapat daripada pertarungan ini sebagai persediaan untuk pertarungan tinju menentang Pacman.”

McGregor menambah: “Saya selayaknya mendapat sepakan di kaki seperti ini kerana apa yang berlegar dalam pemikiran saya. Ini bukan permainan untuk kamu bermain-main.”

“Selain itu, ‘shot’ saya  tajam dan saya berada dalam kawalan penuh. Namun serangan kaki telah menjadi punca kekalahan saya. 18 sepakan keseluruhan dilemparkan ke arah saya, dengan yang terakhir melengkungkan kaki saya sepenuhnya, itu saja.”

blank

“Saraf peroneal terdedah. Menarik! Pertama kali saya mengalaminya. Kemudian penamat yang luar biasa oleh lawan saya. Hat off [tabik hormat]! Pertarungan yang sangat baik oleh ‘The Diamond.’

Doktor dedahkan leg kick Poirier yang mencederakan McGregor

Dustin Poirier berjaya memastikan rancangan permainannya berjalan dengan sempurna untuk mengalahkan Conor McGregor di UFC 257.

McGregor selepas tamat pertarungan memuji tendangan ke kaki oleh Dustin Poirier yang menurutnya telah membunuh dan mematikan kakinya.

Seorang doktor telah menjelaskan apa sebenarnya kesan tendangan ke arah kaki / leg kick ke atas petarung legenda dari Ireland itu.

Kekalahan McGregor pada pertarungan lalu lalu adalah kali pertama dia dikalahkan dengan TKO di acara MMA, dengan empat kekalahan sebelumnya semuanya datang dengan submission.

Ia adalah persembahan yang luar biasa oleh Poirier, yang menamatkan pertarungan di pertengahan babak kedua dengan pukulan yang menggegarkan lawannya dan membuatkan McGregor tidak dapat mempertahankan diri.

Walaupun tangan Poirier yang mengakhiri semuanya, tendangan kaki oleh The Diamond-lah yang sebenarnya menjadi punca kepada segalanya.

Poirier memulakan serangan sepakan ke kaki, dengan McGregor tidak dapat menyerap impak sepakan tersebut dengan betul. Kakinya ‘maati’ dan tidak tidak dapat bergerak dengan baik.

Doktor Brian Sutterer selalu bercerita tentang kecederaan dalam sukan menerusi  saluran YouTubenya dan kecederaan kaki McGregor adalah subjek yang terbaru dalam konten beliau.

“Sebaik sahaja dia menurunkan beban badannya ke kaki kanan itu, dia merasa tidak selesa,” jelas doktor.

“[Sepakan kaki Poirier] bersentuhan tepat pada aspek lateral bahagian bawah kaki McGregor – dan ini berhampiran bahagian luar betis.”

“Bahkan dengan segera kita dapat melihat McGregor mengalami kesakitan di sini, mengalami kesukaran untuk meletakkan berat pada kaki itu. Dan ianya terkumpul sepanjang pertarungan, jadi pada akhirnya, kaki McGregor pada dasarnya kalah. ”

“Tendangan di kawasan ini secara khusus mensasarkan sesuatu yang kita sebut saraf fibular biasa … saraf yang membekalkan kawalan otot ke bahagian kaki bawah,

“Perhatikan tepat di mana kaki Poirier bersentuhan dengan McGregor, tepat di bawah lututnya.”

“Di sinilah petarung UFC ini berusaha menyerang untuk mendapatkan tendanganke betis yang sangat berkesan ini.”

“Saraf berwarna hijau [dalam video] adalah saraf ada pada kaki kita dengan serat yang biasa, dan yang penting adalah betapa terdedahnya serat tersebut kepada ancaman luar, kerana sangat dekat dengan kulit.”

“Banyak saraf besar yang lain di dalam badan kita berada di bawah kulit atau di bawah otot, dan ia terlindung dengan baik. Tetapi saraf ini khususnya sangat dekat dengan permukaan dan sangat terdedah kepada kesakitan seperti ini dan mudah tercedera.”

Poirier ‘membunuh’ kaki McGregor, bekas juara dua kelas berat, Dan beliau berkata bahawa kakinya ‘mati’ dalam beberapa ketika. McGregor meninggalkan bangunan tersebut dengan bertongkat.

McGregor sempat berseloroh dengan Poirier selepas tamat pertarungan dengan menyatakan: “Kau dah patahkan kaki aku dasar basta*d. Bagus, hebat sekali.”

Baca yang lain