McGregor Nak U Turn Kali Ketiga, Dan Nak Melawan Manny Pacquiao Pula

Berita mengejutkan datang dari mantan petarung UFC, Conor McGregor. Ini apabila beliau mengumumkan bahawa dia akan kembali semula ke gelanggang pertarungan tidak lama lagi.

Jika ini benar benar berlaku bermakna ini adalah kali ketiga beliau comeback ataupun membuat pusingan U selepas persaraan.

Melalui media sosial Twitter, Conor McGregor menyampaikan rancangannya untuk bertarung melawan legenda tinju dari Filipina, Manny Pacquiao.

McGregor turut menjelaskan bahawa pertarungan berikutnya adalah menghadapi Manny Pacquiao di gelanggang tinju, bukan arena oktagon UFC.

Beliau mahu pertarungan itu diadakan di Timur Tengah.

Namun, McGregor belum mengatakan dengan tepat bila tarikh pertarungan itu akan berlaku.

Sekiranya itu berlaku, pertarungan tinju menentang Manny Pacquiao akan menjadi pertarungan tinju kedua bagi Conor McGregor dalam kariernya.

Sebelum ini, McGregor membuat debut tinju menentang Floyd Mayweather Jr pada tahun 2017.

Pada masa itu, McGregor tewas dalam kalah mati teknikal (TKO) pada pusingan ke-10.

Namun, The Notorious nampaknya tidak mahu berputus asa di gelanggang tinju.

Dah lama mengidam lawan Pacman

Ini bukan pertama kali McGregor menyatakan mahu melawan Pacquiao.

Pada Jun lalu, selepas menewaskan Donald Cerronem, Conor McGregor dilaporkan mahu menghidupkan kembali kariernya sebagai petinju.

Bekas juara berganda UFC itu mendapat perhatian peminat apabila dia memuat naik satu siri gambar dirinya berlatih di kelab tinju Crumlin.

Di Instagram, dia menulis: “Selamat Hari Bapa kepada semua ayah di luar sana, terutama sekali kepada ayah saya sendiri dan Dee’s Da.”

“Saya harus menghabiskan hari dengan orang tersayang di kelab tinju Crumlin. Bukan hari yang buruk sama sekali!

“Semoga semuanya baik. Sláinte.”

Posting McGregor di media sosial itu telah membuatkan peminat membuat spekulasi bahawa beliau bersedian untuk pertarungan ulangan menentang Floyd Mayweather.

Seorang pengguna Instagram menulis: “Adakah ini bererti pertarungan dengan Mayweather sedang berlangsung?”

Yang lain menulis: “Dah nampak dah langkah Mayweather seterusnya … Ayuh sang Juara.”

McGregor bertarung dengan Mayweather pada bulan Ogos 2017 di gelangangga tinju.

Pertembungan di Las Vegas yang sangat menguntungkan itu tetap menjadi satu-satunya pertarungan tinju profesional untuk Conor McGregor.

Sejak itu dia dikaitkan dengan pertarungan ulangan serta pertarungan menentang Manny Pacquiao dan juga Paulie Malignaggi.

Manny Pacquiao ketika itu dilaporkan telah menandatangani kontrak dengan Paradigm Sports Management, kumpulan yang sama yang mewakili Conor McGregor.

Semasa minggu pertarungan UFC 246, The Notorious menjawab soalan mengenai kemungkinan perlawanan tinju dengan Pacquiao.

Namun selepas itu, petarung UFC dari Ireland tersebut mengumumkan persaraannya daripada dunia sukan tempur.

Dalam satu kenyataan ringkasnya menerusi Twitter, Conor McGregor berkata:

“Hei gais, Saya telah memutuskan untuk bersara daripada pertarungan.”

“Terima kasih atas semua memori luar biasa. Ianya satu perjalanan yang hebat.”

“Ini adalah gambar saya dengan ibu saya ketika di Las Vegas selepas salah satu kejuaraan dunia saya.”

“Bawalah impian kamu ke rumahmu Mag. Saya sayangkan kamu, tak kira apa sahaja yang kamu mahukan, ianya milik kamu.”

Ini bukan pertama kali conor McGregor membuat pengumuman persaraan ‘muda’ dan beliau kembali semula ke octagon.

Sebelum ini Dana White telah menyatakan bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk laluan yang terbaik kepada McGregor iaitu menentang pemenang di antara Khabib Nurmagomedov dan Gaetjhe.

McGregor dikatakan agak kecewa kerana terus menunggu jadual pertarungannya. Ini selepas Justin Gaetjhe telah dipilih menggantikan Khabib Nurmagomedov dalam acara UFC249 berhadapan dengan Tony Ferguson.

McGregor sejak comeback daripada rehat panjang, telah bertarung sekali, dengan kemenangan pantas terhadap Donald “Cowboy” Cerrone di UFC 246 pada bulan Januari.

Harus diakui Conor McGregor telah menjadi antara nama memberikan publisiti yang tinggi kepada UFC ketika peak beliau.

Beliau juga terlibat dalam beberapa kontroversi termasuk ketika permusuhannya dengan Khabib Nurmagomedov.