Conor McGregor sekali lagi memperlekehkan musuh utamanya, Khabib Nurmagomedov semasa perbahasan Twitter yang agak sengit – di mana McGregor melabel Khabi sebagai ‘sekadar petarung yang bagus tetapi bukan petarung yang hebat’. Dan menurut beliau, masih terlalu jauh daripada senarai untuk digelar legenda UFC.
Petarung MMA dari Ireland itu memulakan perseteruan sengitnya dengan Nurmagomedov pada 2018 dan walaupun pertarungan mereka di Octagon yanya berlaku pada 2018.
Selepas itu, permusuhan mereka menjadi sangat panas. Sehingga berlaku beberapa insiden. Termasuk kes serangan bas, kes Khabib terjun melompat dari Octagon.
Tidak kurang juga beberapa siri sindir menyindir serta kecam mengecam di antara mereka serta peminat peminat mereka.
McGregor kini masih belum beraksi kembali setelah patah kaki dan memutuskan untuk mengejek Nurmagomedov, yang bersara tahun lalu pada usia 32 tahun.
Dia percaya pilihan ‘The Eagle’ untuk berundur pada usia muda bermakna kerjayanya tidak boleh dianggap sebagai legenda di arena UFC walaupun ada rekod 29-0.
McGregor menegaskan dalam satu siri tweet yang dipadamkan: “Dia adalah seorang petarung yang baik selama beberapa minggu itu ok. Bersara awal membuatkan kamu tersisih daripada semua senarai ini sebenarnya.”
“Dia bersara dan pada masa yang sama menangis untuk diletakkan di sebagai nombor satu.”
“Ia menafikan beberapa tweet anda yang mengatakan dia bukan bercakap tentang itu. Sepatutnya dia hanya mendiamkan diri tentang Aldo. Dia nampak bodoh sekarang.”
Ketika ditanya mengenai pendapatnya tentang Khabib Nurmagomedov, McGregor yang berusia 33 tahun itu menjawab: “Ya, bagus, tetapi bukan hebat.”
Nurmagomedov terkenal sebagai pakar submission dan rekodnya 29-0. Namun McGregor melabel Khabib adalah petarung yang tidak mempunyai rekod KO yang bagus.
Walaupun menang dengan beberapa siri sumbmission, Khabib mencatatkan hanya 8 kemenangan menerusi KO dan hanya 2 sahaja di pentas UFC.
Lalu McGregor berkata: “Kadar KO dia pun rendah. Dia tak reti melakukan sepakan dan beberapa skil lagi,” kata McGregor menyindir Khabib yang menurutnya hanya tahu memeluk dan mengunci lawannya berbanding dengan skil tumbukan dan juga sepakan.
McGregor antara mangsa Khabib dengan teknik mengunci lawannya. Sehingga McGregor ketika itu melakukan tap out, menyerah diri.
Ini bukan pertama kali McGregor mempersoalkan teknik tempur Khabib. Kerana gaya Khabib lebih kepada gaya gusti dan lebih defensif berbanding dengan gaya terbuka.
Selain itu McGregor juga menegaskan bahawa Khabib seorang petarung yang tak berani mencuba kelas yang berbeza.
“Dia tak pernah menukar kelas beratnya. Malah bermati matian cuba mengekalkan berat badannya. Menarik diri daripada pertarungan banyak kali dah. Bersara awal.”
“Semua itu merumuskan bahawa dia petarung yang bagus namun bukanlah yang hebat. Dia bagus dalam beberapa bulan sahaja, titik!”
Sebelum ini Dana White percaya Nurmagomedov akan kembali semula untuk melengkapkan kemenangan 30-0.
Tetapi Khabib tampil menjelaskan bahawa keputusannya untuk bersara dari UFC adalah muktamad.
Kali terakhir Nurmagomedov beraksi di UFC adalah ketika menewaskan Justin Gaethje di UFC 254 pada Oktober 2020 dan memutuskan untuk meninggalkan Octagon berikutan kematian bapanya, Abdulmanap.
McGregor dijadualkan kembali pada 2022 dan dia terdesak untuk kembali untuk mencipta kemenangan, setelah memenangi hanya satu pertarungan dalam tempoh lima tahun yang lalu.
McGregor sudah menaikkan berat badannya dan sedia beraksi dalam kelas lebih berat selepas ini.
Ini bukanlah kali pertama McGregor menukar kelas beratnya. Malah pernah menjadi juara untuk dua kelas berbeza pada satu masa yang sama.