McGregor Perlekehkan Khabib Nurmagomedov Ajak Ferguson Bertumbuk Di Jalanan

Conor McGregor telah mengapi-apikan semula perseteruan dengan Khabib Nurmagomedov di media sosial.

McGregor menggunakan Twitternya untuk kenyataan street fight oleh Khabib Nurmagomedov dan kemudian Conor McGregor mengutuk Islam Makhachev kerana komennya tentang Weili Zhang dan Joanna Jedrzejczyk.

Conor McGregor antara orang paling awal memberikan komen yang panas selepas Khabib Nurmagomedov memberikan kenyataan panas kepada Tony Ferguson.

Nurmagomedov sebelum ini menyatakan kepada Tony Ferguson bahawa dia akan makan Ferguson dalam pertarungan street fight.

“Siapa kau?” tegas Khabib Nurmagomedov ketika sidang media pra pertarungan.

“Kau baru saja berlawan dengan beberapa orang Amerika. Dan kau tak pernah bertumbuk dengan aku di lorong/streets. Aku dari Rusia. Dan aku boleh makan kau.”

“Kamu bukan dari Mexico. Kau bukan orang Mexico asli. Kau Mexico pelesu. Dulu kau cakap kau orang Aamerika, dan sekarang kau bercakap macam kau ni orang Mexico.”

“Kau ni asal mana? Dari mana asal kau? Kau bukan orang Mexico. Tak, tak, tak brader. Kau orang California. Bukan Mexico. Dua benda tu berbeza.”

Tony membalas: “Diamlah, aku orang Amerika dan aku orang Mexico. Dan aku bangga dengannya.”

Conor McGregor kemudian berkongsi gambar street fight ketika serangan bas di Brooklyn dahulu.

Di mana Conor McGregor memperlekehkan cabaran street fight itu dengan menunjukkan wajah Khabih Nurmagomedov yang kononnya sedang ketakutan ketika itu.

https://twitter.com/TheNotoriousMMA/status/1236735413685010441

Dan tidak lama selepas itu Conor McGregor berkongsi detik Khabib Nurmagomedov terjun dari ring untuk menyerang pegawai dan jurulatih beliau.

https://twitter.com/TheNotoriousMMA/status/1236774409928675331

Conor McGregor seterusnya menembak rakan baik Khabib Nurmagomedov iaitu Islam Makachev yang dituduh merendah rendahkan  wanita dengan komen: “Ini bukan sukan wanita,” sejurus selepas aksi pertarungan UFC yang dianggap antara yang terbaik dalam sejarah di antara Weili Zhang dan Joanna Jedrzejczyk.

“Memang sah bodoh. Seorang tertuduh steroid akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan pertarungan. Dan kemudian bercakap tentang salah satu pertarungan terbesar yang pernah berlaku melibatkan petarung wanita kita.”

“Gremlin Kecil sudah kembali. Tikus kotor. Memalukan sukan ini.”

Perseteruan di antara Conor McGregor dan Khabib Nurmagomedov memang panas. Dan ada saja peluang dan kesempatan yang dicari.

Conor McGregor sebelum ini sudah beberapa kali mengajak Khabib Nurmagomedov untuk rematch.

Namun petarung Rusia itu enggan melayannya kerana baginya, Conor McGregor perlu menang beberapa lagi pertarungan untuk bertemu dengannya dalam acara merebut bengkung kejuaraan.

Baru baru ini, Dana White tidak menolak kemungkinan rematch di antara Conor McGregor dan Khabib Nurmagomedov boleh direalisasikan selepas ini.

Pertarungan Khabib Nurmagomedov dan Tony Ferguson dijangka akan menjadi pertarungan sengit.

Malah jurulatih Khabib Nurmagomedov sendiri pernah melabel Tony Ferguson adalah lawan sebenar kepada Khabib Nurmagomedov ketika ini.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di