McGregor Potong Kek, Ucap Terima Kasih Forbes Iktiraf Dia Usahawan Berjaya, Atasi Messi Dan Ronaldo

Forbes mengisytihar Conor McGregor sebagai atlet berpendapatan tertinggi pada ketika ini. Dalam pertarungan terakhir beliau berhadapan dengan Dustin Poirier sahaja – McGregor membawa pulang cek bernilai £15.6 juta. Walaupun dia masa tu kalah secara TKO di dalam aksi UFC 257 pada Januari.

Secara keseluruhan McGregor tahun lalu menjana $180 juta.

Selain daripada menjana pendapatan di gelanggang UFC, Conor McGregor juga mendapat wang daripada perniagaan wiskinya ‘Proper Twelve’.

Bintang Barcelona, Lionel Messi berada di tangga kedua. Walaupun ramai yang menjangkakan Messi akan berada di atas selepas maklumat bocor tentang kontraknya, menunjukkan pemain itu sangat mewah gajinya.

Namun Forbes meletakkan Messi di belakang McGregor. Lionel Messi mendapat $130 juta pada tahun lalu. Manakala bintang Juventus di belakang Messi dengan $120 juta pendapatan.

Di tanggan keempat ialah Dak Prescott dari sukan ragbi Amerika. Lebron James berada di tangga kelima.

Sorang lagi bintang bola sepak, Neymar berada di tangga keenam dalam senarai.

McGregor meraikan kenyataan oleh Forbes itu dengan kek khas. Di mana beliau menyatakan berbangga kerana Forbes mengiktirafnya sebagai seorang atlet usahawan yang berjaya.

McGregor berkata: “Sayang, kita berjaya melakukannya!! Uimhir a Haon [entah aku pun tak tau apa dia cakap ni].”

“Terima kasih Forbes kerana mengiktiraf peranan saya sebagai seorang usahawan. Ianya satu mimpi untuk memimpin senarai ini, dengan deretan atlet yang berjaya.”

Selain daripada memotong kek, jelas kelihatan belon yang bertulis #1 sebagai menandakan bahawa Conor menjadi atlet paling menuai duit pada tahun lalu.

Forbes juga menambah bahawa, McGregor mengikut jejak langkah Roger Federer dan Tiger Woods untuk menjadi atlet ketiga yang mampu menjana lebih $70 juta dari luar lapangan sukan mereka – dalam tahun yang mereka masih aktif.

Menurut Forbes lagi, McGregor mendapat $158 juta di luar octagon dalam 12 bulan terakhirnya.

Berikut adalah senarai 10 pemain dengan pendapatan tertinggi sepanjang 2020 yang lalu.

1. Conor McGregor – $180 juta

2. Lionel Messi – $130 juta

3. Cristiano Ronaldo – $120 juta

4. Dak Prescott – $107.5 juta

5. LeBron James – $96.5 juta

6. Neymar – $95 juta

7. Roger Federer – $90 juta

8. Lewis Hamilton – $82 juta

9. Tom Brady – $76 juta

10. Kevin Durant – $75 juta

Tahun lalu, McGregor membeli bot laju Lamborghini 63 Yacht by Tecnomar yang turut digelar ‘supercar’ di atas air itu sudah diketahui beberapa bulan lalu lagi.

Namun kali ini McGregor menayangkan bot bernilai £2.7 juta /RM11.21 juta itu kepada umum.

McGregor memuat naik beberapa video dan gambar pembelian terbarunya itu pada awal minggu ini. Berkongsi rasa gembira dan kagumnya ke atas bot dengan twin turbo itu.

McGregor mendapat versi khas untuk dirinya. Beliau berkata:

“Digelar ‘Supercar of the Sea’, saya sangat berbesar hati untuk mendapatkan edisi nombor 12 daripada hanya 63 yang dibuat di seluruh dunia.”

“1963 adalah tahun Lamborghini ditubuhkan, dan saya yang ke-12,” tambah beliau lagi.

Bot ini memang diinspirasikan daripada supercar Lamborghini. Dan ianya edisi terhad.

Tecnomar 63 memiliki top speed mencecah 60 knot ataupun sekitar 111 kmj.

Ianya mengeluarkan sehingga 4,000 kuasa kuda.

Jom lihat beberapa keping gambar harta terbaru Conor McGregor.

Conor McGregor dan keluarganya ketika mereka menyelesaikan proses pembelian bot mewah tersebut.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.