‘McGregor Tetap Lawan Menakutkan & Ancaman Utama Rekod Tanpa Kalah Nurmagomedov’

Jurulatih kepada Khabib Nurmagomedov, Javier Mendez menyatakan pendirian beliau tetap sama tentang lawan paling sukar dan digeruni  serta ancaman terbesar rekod tanpa kalah anak buahnya iaitu Conor McGregor.

Ramai yang berpendapat, Tony Ferguson akan menjadi ancaman utama Khabib Nurmagomedov. Pertarungan yang Khabib sendiri jangka akan menjadi sengit dan paling sukar.

Tetapi  Mendez menegaskan, Tony Ferguson adalah lawan yang lebih mudah berbanding dengan Conor McGregoro.

Sebelum ini Khabib menyatakan Dustin Poirier yang paling hampir menewaskannya berbanding dengan lawan lawan dia yang lain, termasuk Conor McGregor, tetapi pada kaca mata Javier Mendez, lawan itu ialah Conor McGregor.

Conor sangat bagus

Mendez yang merupakan jurulatih American Kickboxing Academy tegas dengan pendiriannya bahawa McGregor memberikan lebih banyak cabaran ancaman. Walaupun dibandingkan dengan petarung acara utama UFC 249, Tony Ferguson dan Justin Gaethje sekalipun.

“Tidak, saya minta maaf. Saya rasa ia masih Conor, walaupun orang mungkin tidak setuju dengan saya. Tetapi saya sangat kenal betapa bagusnya Conor. Menentang Conor adalah pertarungan paling sukar setakat ini,” katanya kepada Luke Thomas melalui The Mac Life.

“[Tony] memiliki aspek kardio yang jauh lebih baik, tetapi Conor berbahaya. Kamu tak boleh membiarkan Conor melepaskan serangan apa pun sepanjang masa, kerana jika dia dapat melepaskannya, dia dapat membuatkan kamu terus terkeluar. Dan itulah sebabnya dia begitu berbahaya bagi saya.

“Kamu membiarkan Conor masuk ke dalam rentak yang dia inginkan, dia akan melakukan kerosakan yang luar biasa jika kita membiarkannya, tapi tentu saja, itu tidak akan terjadi ketika bertemu Khabib Nurmagomedov.”

“Tetapi, saya masih takut kepadanya. Saya benar-benar memaksudkannya. Bukannya saya tidak takut kepada mereka yang lain, tetapi saya masih takut kepadanya.”

“Saya masih fikir dia pasti masih berada di tahap yang terbaik untuk dapat melakukan apa yang saya sedang fikirkan. Dia masih salah seorang petarung itu – yang membuatkan saya membuat banyak kerja rumah.”

Ketika membincangkan Ferguson vs Gaethje, Mendez menjelaskan: “Mereka berdua sangat bagus dan bijak dalam pergelutan, [Ferguson dan Gaethje] perlu menyingkirkan antara satu sama lain untuk mereka pergi berhadapan dengan Khabib lepas ni.”

“Mereka berdua adalah penggusti kelas satu. Dalam aspek serangan, mereka berbeza dalam serangan. Kami bimbang dengan sikuan Tony, [dia] memiliki siku yang hebat dan beberapa kemahiran lain yang yang sukar dijangka, sedangkan Justin tidak memilikinya.”

“Tetapi Justin hebat dengan tendangan kaki. Sepakan kaki yang hebat, jika tersilap, kaki dia hinggap kat muka kamu. Kemudian dia bijak dalam melemparkan kekuatannya untuk menjatuhkan kamu.”

“Dia seorang yang mahu menyingkirkan lawan dengan KO.”

“Mereka berdua mempunyai kekuatan yang berbeza. Itulah yang harus saya katakan mengenai hal itu. Walaupun saya rasa ada orang lain lebih bahaya kepada Khabib tetapi mereka berdua tetap antara yang paling bahaya.”

“Mereka berdua mempunyai kekuatan yang berbeza. Satu-satunya perkara tentang Tony adalah, pada pendapat saya, kamu sukar untuk menyerangnya. Dia tidak akan mudah mengalah. Jadi kamu perlu bersedia akan berada di sana lima pusingan dengan lelaki ini, dan jika [kamu] tidak dapat bertahan lima pusingan, kamu menghadapi masalah. ”

Ferguson lwn Gaethje akan bertarung dalam UFC 249. Pemenang akan menghadapi Nurmagomedov untuk merebut gelaran UFC.

Sumber: Sport Bible