McGregor Tuduh Khabib Bersara Kerana Goyang & Mengelak Bertemu Semula Dengannya

Conor McGregor percaya bahawa Khabib Nurmagomedov bersara kerana takut untuk bertemu semula dengannya di octagon.

Conor McGregor yakin petarung dari Dagestan itu mahu mengelak rematch dengannya. Itulah sebabnya Khabib Nurmagomedov mengumumkan untuk bersara.

Walaupun sebelum ini Nurmagomedov memberitahu Jon Anik bahawa dia bersara kerana janji kepada ibunya dan ketiadaan ayahnya di sisi.

Bercakap di dalam Octagon selepas tamat pertarungannya dengan dengan Gaethje, dia dengan menangis menyatakan: “Hari ini saya ingin mengatakan ini adalah pertarungan terakhir saya.”

“Tidak mungkin saya datang ke sini tanpa ayah saya. Ketika UFC datang menghubungi saya mengenai Justin, saya bercakap dengan ibu saya selama tiga hari.”

“Dia [ibu] tidak mahu saya bertarung lagi tanpa ayah saya di sini. Saya sudah berjanji kepadanya bahawa ini akan menjadi pertarungan terakhir saya dan jika saya akan menunaikan janji saya kepadanya.”

Khabib Nurmagomedov telah menamatkan kariernya pada kemuncak dengan rekod 29-0. Dalam kariernya dilaporkan beliau cuma tewas dua pusingan.

Namun alasan itu tidak diterima McGregor. Walaupun the Notorious sudah mengumumkan perasaraannya kali ketiga, dia kelihatan masih mahu beraksi di octagon.

McGrgegor dan Khabib pernah bertarung dalam acara utama UFC 229 dan dari situlah perseteruan mereka bermula dan berlarutan.

Dalam pertarungan itu, Khabib mengunci McGregor dengan submission yang membuatkan petarung Ireland itu tapped out.

Tetapi, sesi soal Jawab Twitter, McGregor menyifatkan ada sebab tersirat yang lain mengapa bintang Dagestan itu memutuskan untuk menggantung sarung tangannya.

McGregor turut memuji Khabib sebagai pertarung UFC terbaik pada hari ini berdasarkan prestasi semasanya.

“Seorang petarung grappler yang luar biasa,” kata McGregor.

“Ketika ini dalam sukan ini, dia adalah terbaik. Namun, saya ada jawapan [untuk melawannya], dan mereka tahu [dia mengelak untuk rematch dengan saya].”

McGregor sudah berkali kali mengajak Khabib untuk rematch. Namun petarung Rusia itu tidak mahu pertarungan yang dibuat semata mata kerana wang dan tidak melalui laluan yang betul.

Ini kerana masih ramai petarung lain yang mahu peluang adil merebut kejuaraan.

McGregor berehat panjang dalam sukan UFC dan dia hanya muncul sekali selepas kepulangan semulanya. Kemudian mengumumkan persaraannya.

Khabib pernah menyatakan pertarungan yang hanya dibuat berdasarkan syok sendiri tidak akan memberikan apa apa manfaat kepada legasinya.

habib Nurmagomedov telah menamatkan kariernya pada kemuncak dengan rekod 29-0. Dalam kariernya dilaporkan beliau cuma tewas dua pusingan.

Namun Dana White menyatakan, beliau yakin Khabib Nurmagomedov akan kembali semula untuk menjadikan rekodnya 30-0.

Sebelum ini Khabib pernah berhasrat untuk bersara jika beliau berjaya mencapai rekod 30-0.

Pasukan kejurulatihan Khabib juga masih percaya petarung itu akan kembali untuk sekali lagi – sekurang kurangnya.

Ini kerana Khabib tak pernah menyatakan atau berbincang dengan mereka berkaitan perkara tentang persaraannya. Lalu mereka menyatakan bahawa kenyataan Khabib malam itu terlalu terbuai buai dengan emosi di atas apa yang telah menimpa dirinya dalam beberapa bulan ini.

Dana White memahami kenapa Khabib sangat emosi. Bermula daripada kehilangan ayahnya, Khabib juga menerima rawatan di hospital kerana kecederaan serius dalam persiapan beliau bertemu Gaethje.

Baca yang lain