McGregor Yakin Gaetjhe Hanya Sembelihannya & Kutuk Khabib Sebagai Suka Peluk Kaki Orang

Conor McGregor telah mengikuti UFC 249 dengan dekat kerana beliau sebelum ini memang berminat untuk menjadi pengganti kepada Khabib Nurmagomedov.

Dalam acara utama, Justin Gaethje telah menewaskan Tony Ferguson dan menghalang pertarungan di antara Tony Ferguson dengan Khabib Nurmagomedov.

Kini, ‘The Highlight’ akan berhadapan dengan Khabib Nurmagomedov dalam pertarungan penentuan kejuaraan sebenar.

Kesannya, Conor McGregor berpotensi tidak akan bertemu dengan lawan yang terkenal dalam kelas ringan tersebut. Di mana sebelum ini McGregor hampir pasti bertemu dengan Justin Gaethje.

Sebelum ini Dana White membayangkan pemenang di antara Khabib dan Tony akan berhadapan dengan McGregor. Namun kini struktur itu sudah berubah.

Petarung UFC dari Ireland itu masuk ke Twitter untuk meroyan kepada Juara Interim untuk Kelas Ringan yang baru, selepas Gaethje mengatakan dia akan melakukan apa sahaja untuk pergi ke Ireland berlawan dengan McGregor selepas beliuau bertarung dengan Khabib Nurmagomedov.

Aku akan sembelih kau

Conor McGregor menembak Gaethje dengan menyatakan bahawat juara interim itu langsung tak akan memberikan ancaman kepada Khabib Nurmagomedov dalam pertarungan yang seterusnya.

Conor McGregor memberikan respon: “Justin, tidak bahaya langsung kepada lelaki yang suka memeluk kaki orang tu, kita semua tahu.”

“Cubalah dan menari dengan ancaman yang sebenar, dan ia ada di sini yang, sepertii yang kau mahukan.”

“Aku akan sembelih kau. Gigi kau. Aku akan meletakkannya di kalung leher aku. Bercakap mengenai kemahiran aku sebagai seorang ayah? Kau boleh pergi meninggal.”

Kenyataan itu bukan sahaja menembak Gaethje malah dia turut memperlekehkan ‘The Eagle’ yang menurutnya suka pergi menangkap kaki lawannya dan ‘melemaskan’ mereka.

McGregor perlekeh Khabib

McGregor mengutuk teknik Khabib Nurmagomedov sebagai tidak terbuka dan tak menarik.

McGregor juga menyatakan dia akan dijadualkan bertemu dengan petarung di ranking ke-4 pada ketika ini. Dan Khabib pula berada di ranking teratas.

Ini adalah kata-kata yang dibuat dengan teliti untuk memastikan dia mendapat Juara bersatu seterusnya. Dana White mengatakan bahawa pemenang Tony-Khabib akan berhadapan dengan Conor, tetapi ‘Terkenal’ tidak mahu meninggalkan apa-apa.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Conor McGregor turut mencabar Nate Diaz untuk menerima kontrak pertarungan trilogi di antara mereka.

Adakah Gaethje benar benar bukan ancaman Khabib Nurmagomedov? Ayat yang sama digunakan ramai pemerhati sebelum pertarungan beliau dengan Tony Ferguson sebelum ini.

Jelas sekali Conor McGregor sangat terdesak mahukan lawan yang di ranking lebih tinggi. Beliau sebelum ini diberikan lawan yang biasa biasa sahaja iaitu Donald Cerrone yang menurut Khabib sudah melepasi kemuncak prestasinya.

McGregor sekarang ni mendambakan pertarungan dengan Tony Ferguson tetapi tidak menjadi kenyataan. Dan kemdian mendambakan pertarungan menentang Nurmagomedov, juga tak kesampaian.

Harapan terakhir beliau adalah trilogi berhadapan Nate Diaz.

Baca yang lain