McKennie Ketuai Senarai Pemain Yang Mahu Berambus Dari Juventus Selepas Dipotong 15 Mata

Pemain tengah asal Amerika Syarikat, Weston McKennie nampaknya tidak gembira dengan situasinya di Juventus.

Dia berharap akan dapat meninggalkan kelab itu pada Januari 2023.

McKennie benar benar berharap agar perpindahannya keluar dari Juve dapat berlaku sebelum jendela perpindahan Januari 2023 ditutup tidak kira kira kurang 2 minggu lagi.

Dia bukan satu satunya pemain yang mahu angkat kaki pada Januari ini. Ianya selepas kelab itu dikenakan hukuman pemotongan 15 mata oleh FIGC.

Ramai pemain meminta Juventus menjelaskan bagaimana situasi sebenar kelab ketika ini. Dan pegawai tertinggi Juventus sudah memberitahu para pemain bahawa kelab akan beroperasi seperti biasa.

Kelab yakin akan dapat mencabar keputusan FIGC di mahkamah sukan dan 15 mata mereka akan dikembalikan.

Penjelasan itu dikatakan tidak cukup meyakinkan mereka. Kerana ramai tidak pasti sama ada Juve akan dikenakan sekatan lain selepas ini.

Memandangkan mereka melakukan kesalahan dalam urus tadbir kewangan berkaitan dengan laporan gaji pemain dan juga perpindahan pemain.

Kewangan kelab agak tenat ketika ini. Jika Juve selepas ini dikenakan tindakan lain seperti sekatan perpindahan, ianya akan menghalang kelab menjana wang tambahan daripada penjualan pemain.

McKennie antara pemain yang sudah menyatakan secara terbuka kepada kelab bahawa dia mahu berambus.

Weston McKennie menarik minat daripada kelab seperti Aston Villa. Namun pemain itu buat masa ini masih menunggu tawaran daripada kelab besar.

Ejen kepada McKennie sebelum ini pernah dihubungi oleh kelab seperti Spurs dan Borussia Dortmund. Namun pemain itu pada masa itu tidak berminat untuk meninggalkan Juventus.

Dalam keadaan semasa ketika ini, ejen McKennie berharap kelab seperti Spurs dan Dortmund masih berminat dengan pemain itu dan membeli McKennie Januari ini.

Chelsea juga antara kelab yang pernah memantau perkembangan McKennie. Mereka mungkin boleh menjadikan pemain itu sebagai pilihan kedua jika pilihan utama mereka Moises Caicedo tidak dapat dibeli.

McKennie boleh bermain di pelbagai posisi.

Hukuman ke atas Juventus oleh mahkamah jauh lebih berat daripada yang diminta pendakwaraya yang mencadangkan pemotongan 9 mata.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.