McKennie Yakin USA Tak Perlukan Kepakaran Luar Sebagai Jurulatih

Pemain tengah Leeds, Weston McKennie memberikan amaran kepada FA Amerika Syarikat agar tidak sesekali melantik jurulatih luar termasuk jurulatih eropah untuk menguruskan pasukan kebangsaan mereka.

Ini kerana menurut McKennie, Amerika Syarikat sendiri memiliki ramai jurulatih tempatan yang berkaliber.

Salah seorang daripadanya ialah Gregg Berhalter yang kini menjadi ketua jurulatih Amerika Syarikat.

McKennie memberikan sokongannya kepada Berhalter yang mendapat kecamam teruk kerana skandal ugutan.

Amerika Syarikat sedang mencari pengurus baharu.

McKennie berharap agar Berhalter akan dikekalkan. Kerana menurutnya, rata rata pemain yang beraksi di Piala Dunia 2022, gembira dengan persembahan mereka.

Itu membuktikan bahawa Berhalter boleh menjadi pengurus yang berjaya bersama dengan pasukan kebangsaan.

McKennie berkata: “Bagi saya, saya bukanlah bias [berat sebelah] dalam isu sama ada kita perlukan jurulatih eropah atau Amerika sendiri.”

“Saya nak cakap, pasukan kita bermain sangat bagus di bawah Gregg Berhalter. Kami semua serasi dan berhubung sangat baik.”

“Kami mempamerkan aksi yang boleh buat kami gembira ketika Piala Dunia 2022. Jadi, apa sahaja keputusan pengurusan, saya berharap suara pemain boleh mempengaruhinya juga.”

McKennie baru baru ini melengkapkan perpindahan ke Leeds United – menyertai rakan senegaranya, Tyler Adams dan Brenden Aaronson.

US Soccer berdepan dengan krisis dalaman selepas kes Berhalter yang dituduh mengugut pemainnya sendiri. Membuatkan beberapa pegawai atasa US Soccer mahu mencari pengganti.

Pengarah Sukan, Earnie Stewart sudah mengumumkan perletakan jawatan untuk menyertai PSV Eindhoven.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari