McLaren Beri Amaran: “Di Spurs, Pochettino ‘Kick’ Pemain Yang Bawa Aura Negatif”

Steve McClaren dilantik semula ke dalam staf kejurulatihan Mancchester United.

Dia pernah berkhidmat sebagai pembantu kepada Sir Alex Ferguson ketika di Old Traffod.

Dan McLaren telah mengecam pemain yang gagal menyumbang kepada tenaga positif di kelab bola sepak, menegaskan bahasa badan (body language) dan sikap yang negatif memudaratkan mentaliti kemenangan.

Setelah menjadi sebahagian daripada kejayaan Manchester United memenangi treble sebagai pembantu Sir Alex Ferguson pada 1999, bekas pengurus England itu kini kembali ke Old Trafford sebagai pembantu kepada pengurus baharu Erik ten Hag.

Manchester United bergelut musim lalu di bawah Ole Gunnar Solskjaer dan kemudian di bawah pengurus sementara Ralf Rangnick. United memulakan kempen dengan memberikan keterujaan bahawa mereka akhirnya benar benar kembali mencabar kejuaraan.

Ditambah pula dengan kehadiran Ronaldo, Sancho dan Varae. Malangnya mereka gagal melakukannya, malah prestasi lebih buruk daripada musim 2020/21 apabila United bergelut untuk melayakkan diri ke Liga Europa di tempat keenam pada hari terakhir kempen yang digelar Rio Ferdinand sebagai huru hara.

The Red Devils sentiasa dikritik sepanjang musim dan dikatakan sebagai sebuah kelab yang bergelut di atas padang dan dalam bilik persalinan, dengan ramai pemain tidak beraksi, tidak lagi memberikan usaha terbaik mereka.

McClaren menegaskan budaya ini perlu diubah segera untuk mendapatkan Red Devils yang sebenar sekali lagi, bermula dengan membuat semua orang berada di dalam keadaan terbaik semasa latihan untuk perlawanan.

“Ini adalah perkara yang perlu kita lakukan, perkara seperti kita semua perlu berhubung antara satu sama lain,” kata McClaren dalam satu podcast.

“Permainan dimenangi dari Isnin hingga Jumaat, jika kamu berada di landasan yang tepat dari Isnin hingga Jumaat, perlawanan akan dimenangi pada hari Sabtu. Setiap orang perlu membawa tenaga positif.”

McClaren kemudian merujuk bekas pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino yang terkenal membawa Spurs untuk memburu kejuaraan pada 2016 dan 2017 berdasarkan sistem etika kerja yang tinggi di mana semua orang menyumbang kepada pasukan.

Pemain harus memberikan reaksi segera berbanding menunjukkan kekecewaan mereka. Aura negatif seperti ini akan mempengaruhi mentaliti pasukan secara keseluruhannya.

“Pochettino pernah bercakap tentang mencipta budaya, jika tiada siapa yang membawa tenaga yang positif dalam proses itu, dia mengeluarkan mereka, mereka perlu membawa sedikit tenaga kepada kumpulan,’ tambah McLaren lagi.

Ten Hag sebelum ini pernah melakukannya di Ajax di mana dia menyingkirkan terus pemain prospek – Noah Lang – yang memberikan bahasa tubuh negatif kepada arahan kapten pasukan ketika itu Dusan Tadic.

McClaren turut menyebut bagaimana bahasa badan negatif juga akan turut dipantau di bawah pengurusan baharu di Old Trafford, dan pemain harus fokus sepenuhnya untuk memenangi bola daripada lawan daripada bertindak balas dengan reaksi kekecewaan selepas kehilangannya.

“Anda perlu bersedia, perlu bersedia untuk berlatih, anda perlu bersedia untuk bermain, bersedia untuk memberi impak sebagai pemain gantian, anda perlu bertindak balas,” katanya.

“Ramai orang sekarang, bahasa badan dengan mengangkat tangan, anda perlu bertindak balas segera untuk mendapatkan semula bola itu, memenangi bola itu semula, dalam apa jua keadaan, bertindak balas dengan cepat, jangan fikir [panjang] mengenainya.”

Pemain United juga telah didakwa kerap tidak diberikan tanggungjawab atas persembahan buruk mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan pemergian Rangnick, Solskjaer dan juga Jose Mourinho baru-baru ini dilihat sebagai hasil daripada kuasa pemain.

Walaubagaimanapun, McClaren menegaskan bahawa pemain tidak boleh bersembunyi daripada prestasi buruk, terutamanya jika tiada komitmen penuh ditunjukkan.

“Anda perlu menerima peraturan, syarat, anda perlu menerima akibat jika anda melakukan perkara yang salah. Anda perlu komited, anda perlu menjadi pemain yang berkredibiliti, terutama dalam bola sepak moden hari ini,” tambah McClaren lagi, ‘

McClaren menyatakan dia tahu bagaimana untuk membawa kejayaan kepada United.

Dia percaya pendekatan utama ialah meletakkan peraturan tidak rasmi [gentleman agreement kata orang] yang boleh diikuti oleh pemain secara kolektif dan dipercayai untuk diikuti semua pihak.

Apa yang dimaksudkan McLaren adalah, pemain itu sendiri mencipta budaya yang betul dan pemain pemain lain harus mengikutinya.

Itu yang dilakukan oleh bintang terdahulu seperti Roy Keane, Paul Scholes, David Beckham dan ramai lagi di bawah tempoh pertamanya menjadi staf kejurulatihan di kelab itu.

“Apabila saya mula-mula pergi ke Manchester United hampir tidak ada peraturan tetapi apa yang mereka lakukan; mereka melakukan perkara yang betul dan jika mereka tidak melakukan perkara yang betul mereka memilikinya dan mereka menderita akibatnya dan menerima akibatnya.”

“Dan saya fikir jika anda mempunyai perkara yang tidak boleh diberikan kompromi seperti itu, maka anda tidak boleh tersilap.”