MCMC Disyaki Beli Akaun Twitter Orang Lain, Penuh Tweet Carutan Dan Cyber Bully Satu Ketika Dahulu

Netizen membongkar satu rahsia yang tidak terfikir dek akal. Ini apabila akaun rasmi SKMM/MCMC pada 2014 memuat naik tweet carutan dan kata kata lucah termasuk menggelakkan kekalahan JDT.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia adalah mengawal selia peraturan industri berdasarkan kuasa yang termaktub di dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Dalam menjalankan akta ini, peranan Suruhanjaya  ialah untuk melaksanakan dan menggalakkan objektif dasar nasional kerajaan untuk sektor komunikasi dan multimedia .

Ahli Suruhanjaya juga terlibat di dalam menyelia rangka kerja kawal selia baru untuk bertumpu kearah industri telekomunikasi, penyiaran  dan aktiviti-aktiviti dalam talian.

Namun apa sudah jadi? Kerana pada kali ini MCMC dihantui oleh warganet kerana disyaki membeli akaun orang lain? Dan akaun tersebut kerap memuat naik tweet yang kesat dan penuh carutan serta pembulian siber.

Agak ironi kerana akaun MCMC dikantoikan banyak mencarut termasuk menggunakan ayat rasis satu ketika dahulu – hanya beberapa jam selepas mereka mengingatkan netizen untuk menjaga adab dan kesopanan. MCMC berkata:

Berikutan perkembangan semasa berkaitan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perisytiharan Proklamasi Darurat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekali lagi ingin mengingatkan semua pihak, terutamanya pengguna media sosial, agar sentiasa menjaga kesopanan dan kesusilaan ketika memberikan pandangan dan membuat sebarang ulasan.

Pihak MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan yang bersifat jelik membabitkan unsur 3R, iaitu Raja (Royalty), Agama (Religion) dan Kaum (Race).

Sebarang perkongsian kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

MCMC ingin menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam mengikut peruntukan undang-undang sedia ada secara telus demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat.

Laporkan insiden atau kandungan berunsur 3R di media sosial terus kepada MCMC melalui aplikasi Whatsapp di talian 016-220 6262 atau e-mel kepada [email protected]. Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat atau melaporkan berita palsu melalui pautan https://sebenarnya.my/salur/ .

MCMC turut berharap rakyat dapat berganding bahu bersama dengan kerajaan dalam memberi fokus kepada usaha meredakan ledakan pandemik COVID-19 dan membantu penduduk yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri. Elakkan keghairahan yang melampau atau membuat spekulasi liar serta berita palsu yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni.

Berikut antara koleksi Tweet lama yang dikorek oleh netizen termasuk pembulian siber:

Akaun rasmi MCMC sudah digantung sementara menurut satu kenyataan. Walaupun pada awalnya netizen merasakan akaun tersebut dipadamkan oleh MCMC.

Adakah MCMC sudah mengambil tindakan ke atas MCMC? Tanya seorang pengguna Twitter.

 

Seorang pengguna twitter menyatakan bahawa akaun MCMC yang ada pada hari ini sememangnya bertukar pemilik ataupun dibeli pada sekitar 4 dan 31 Oktober 2015. Beliau melampirkan garis masa berkaitan denganperkara itu.

Akaun dibeli?

Seorang lagi pengguna Twitter pula tampil membuat pengakuan bahawa dialah yang menjual akaun itu kepada seseorang. Namun tak sangka ianya digunakan oleh MCMC untuk menjadi Twitter rasmi jabatan mereka.

Tidak pasti sejauh mana kebenaran perkara ini. Diharap MCMC membuat siasatan kepada perkara tersebut. Kerana pada masa ini tiada lagi kenyataan rasmi tentang perkara itu.

Ibrahim Sani menyatakan bahawa jika benar MCMC membeli akaun, maka mereka turut melakukan kesalahan siber di bawah akta Twitter sendiri. Di mana platform tersebut sangat melarang sebarang jual beli akaun.

Respon MCMC: Ini salah hacker

MCMC pula tidak memberikan komen isu akaun dibeli. Sebaliknya membuat kenyataan bahawa akaun Twitter rasmi mereka telah diceroboh dan dimanipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekaligus seolah olah menafikan bahawa akaun mereka bukan dibeli.

Berikut kenyataan rasmi MCMC selepas bersepah tweet lama mereka dibongkar:

MESEJ MENCURIGAKAN MELALUI AKAUN TWITTER RASMI BUKAN DIKELUARKAN OLEH MCMC

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan bahawa akaun Twitter rasmi Suruhanjaya @SKMM_MCMC telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Susulan itu, akaun Twitter rasmi Suruhanjaya @SKMM_MCMC berkenaan telah digantung buat sementara waktu.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan hantaranhantaran mesej yang mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang telah dimuat naik melalui akaun berkenaan, yang BUKAN dikeluarkan oleh pihak MCMC.

Semoga kita akan mendapat tahu kebenaran sebenar selepas ini.

Baca yang lain