McTominay Yang Semakin Berkembang

Beberapa bulan lalu, saya ada menulis sedikit pemerhatian dan analisis tentang Scott McTominay ni.

Masa tu tak ramai pun yang teruja dengan budak yang digelar McSauce ni.

Dan ketika itu saya melabel budak ni sebagai Perancang Dari Masa Depan untuk Man United yang datang ke masa kini:

Benda tu sebenarnya ayat kasi melankolik sikit. Ala macam kau tengok cerita seperti Predestination. Perancang yang ada di masa akan datang, tapi dia berada di sini lebih awal.

Apabila tiba masanya nanti dia akan establish sebagai bakat penting dalam pasukan Man. United.

Musim ni, McTominay menjadi antara pemain penting dalam kem United. Kalau ada satu dua perlawanan dia tak perform tu, tiada hal sangat. Sebab United memang bergelut dengan prestasi musim ini.

Tetapi di antara kesemua pemain tengah yang United ada, saya boleh katakan dia yang paling menonjol musim ni.

Kalau tak sebab McTominay ni tak ada korang melayan koleksi 2,000 gol United yang ditayangkan dari petang sampai ke malam di Live FB Man United. Banyak hanat.

McTominay berjaya menjadi penjaring ke-2,000 era EPL untuk Man. United.

Terbaru McTominay diundi sebagai pemain terbaik bulan Oktober oleh fans Man. United.

Beliau memang selayaknya mendapatnya. Pemain yang membuatkan pemain di sekitarnya juga menjadi lebih baik.

Kualiti beliau adalah terletak pada big mentality. Sentiasa berjuang sehingga ke wisel penamat.

Beliau sebenarnya tak ada prime position musim-musim sebelum ini. Kemasukan Ole sebagai pengurus terus meletakkan dia sebagai pemain no.6 sebagai posisi utama.

Selain handal bermain bola beliau juga pandai bermadah pujangga

Satu langkah yang baik daripada Ole. Sebab McTominay ni memang dah antara pemain yang akan menjadi pemain utama. Tidak perlu fikir banyak pasal nak bagi dia rasa banyak posisi.

Perkembangan beliau di United juga menggembirakan kem Scotland. Beliau sudah menjadi pemain utama di negaranya.

Baca yang lain