Bekas penyerang Argentina dan PSG, Ezequiel Lavezzi, dikejarkan ke hospital selepas cedera disyaki ditikam ketika sedang berada di rumah dia dan teman wanitanya di Uruguay bersama keluarga dan saudara maranya untuk berparti.
Sama seperti pemain bola sepak Argentina yang lain, Lavezzi suka mengadaikan parti bersama keluarga apabila ada kelapangan. Dalam kariernya dia pernah menjadi antara pemain bola sepak dengan gaji tertinggi di dunia ketika bermain di Liga Super China beberapa tahun lalu.
Laporan di bandar Punta del Este mengatakan dia mengalami “luka tusukan pendek di perutnya dan tulang belikatnya turut patah.
Walaupun laporan awal menyebut bahawa dia ditikam, tetapi ahli keluarga mempertikaikan versi cerita itu. Menurut mereka, mana mungkin mereka menikam Lavezzi yang mereka sayangi.
Bercakap kepada wartawan, salah seorang ahli keluarga Lavezzi memberitahu pemain itu tertusuk objek tajam selepas dia terjatuh dari tangga lalu terhentak pada perabot ketika dia cuba menukar mentol lampu.
Polis yang tiba di tempat kejadian untuk menyiasat apa yang berlaku hanya mengesahkan bahawa Lavezzi mengalami kecederaan pada tulang belikatnya.
Clarin, akhbar yang paling banyak dibaca di Argentina, berkata “episod mengelirukan” berlaku pada pagi Selasa.
Clarin adalah pihak yang paling awal melaporkan berita tersebut dengan mendakwa Lavezzi ditikam oleh ahli keluarga, dipercayai abangnya sendiri selepas berlaku perbalahan antara mereka.
Namun dengan penafian daripada pihak keluarga, media itu masih berkeras bahawa mereka akan menunggu laporan perubatan lengkap. Tentang perkara itu. Sambil menyifatkan kes itu sebagai mengelirukan.
Ezequiel Lavezzi was hospitalized after being stabbed in the abdomen following a dispute.
Lavezzi was stabbed in Uruguay and has suffered a small puncture wound to the abdomen as well as a fracture to the collarbone. [@clarincom] pic.twitter.com/EzuUXWYGhd
— Football Talk (@FootballTalkHQ) December 20, 2023
Apa yang pasti Lavezzi dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Dan ramai peminat bola sepak menunggu siasatan polis ke atas kejadian ini.