Media Belanda & Pasukan NTS RW Racing Bangga Dapat Hafizh Syahrin

Selepas Barry Baltus, pasukan dari Belanda – NTS RW Racing GP – mengikat khidmat Hafiz Syahrin.

Pescao akan beraksi dengan NTS untuk musim 2021. Media Belanda turut berbangga dengan kejayaan NTS berjaya mendapatkan khidmat Hafizh Syahrin kerana statusnya yang pernah berlumba dalam kelas premium MotoGP.

NTS RW Racing GP akan bertanding di kelas Moto2 Kejuaraan Dunia MotoGP pada tahun 2021. Mereka mengesahkan dua pelumba muda Barry Baltus dari Belgium dan Hafizh Syahrin dari Malaysia.

NTS dalam kenyataan rasmi mereka berkata, ianya satu kejayaan besar bagi mereka apabila berjaya mendapatkan Hafizh Syahrin.

Hal ini kerana pasukan mereka masih baharu dan banyak perkar perlu mereka lakukan untuk membangunkan motosikal mereka.

Selain daripada pengalaman di litar, Hafizh Syahrin juga akan membantu mereka memberikan input mengenai motosikal mereka.

NTS berkata:

“Hafizh Syahrin akan berlumba dengan NTS RW Racing GP bagi musim 2021.”

“Pasukan ini sangat bangga mengalu alukan kedatangan pelumba berusia 26 tahun dari Malaysia bersama dengan pelumba 16 tahun Barry Baltus dari Belgium.”

“Kami bangga dan gembira setelah menandatangani Hafizh, yang bukan hanya pelumba berpengalaman dan berbakat, tetapi juga orang yang sangat baik hati dan mulia”, kata pengurus pasukan NTS RW Racing GP, Jarno Janssen.

“Kami semakin kuat dan lebih baik setiap minggu, tetapi kami masih mengembangkan motor kami. Input dan maklum balas penunggang seperti Hafizh sangat penting dalam proses itu. ”

Hafizh Syahrin juga gembira dengan kontrak itu.

Beliau berkata: “Saya gembira dapat terus kekal berlumba di Moto2 dan menyertai NTS RW Racing GP. Saya tahu berapa banyak usaha yang diperlukan untuk membangunkan motosikal baharu.”

“Tetapi saya percaya dengan projek ini. NTS dan pasukan telah banyak meningkatkan motosikal dalam masa yang agak singkat, langkah demi langkah.”

“Saya harap, dengan pengalaman dan maklum balas saya, kita dapat membuat langkah besar.”

“Saya yakin bahawa kita dapat melakukan kerja yang baik bersama-sama.”

“Saya tidak berada di tahap terbaik pada musim ini, sebab itulah saya sangat gembira dan bersyukur dengan keyakinan yang dimiliki oleh NTS RW Racing GP.”

 

Baca yang lain