Media China Anggap Persaraan Lin Dan Menandakan Berakhirnya Era Atlet Superstar

Lin Dan telah mengumumkan keputusannya bersara pada Sabtu (4/7/2020) selepas lebih sedekad berkeringat di gelanggang badminton.

Lin Dan mengundurkan diri dengan penuh gemilang. Beliau mengamalkan cara dengan empat pingat emas kejuaraan dunia dan dua pingat emas olimpik.

Namun pemergian Lin Dan telah dicatatkan oleh sebuah meja di China sebagai pengakhiran kepada era atlet Superstar mereka.

Ini selepas tiga atlet nama besar dalam sejarah mereka turut bersara dalam beberapa tahun ini.

Mereka ialah pemain NBA, Yao Ming, pemenang emas Olimpik lari berpagar Liu Xiang, dan jaguh tenis wanita, Li Na.

Akhbar Xinhua menulis: “Dengan persaraan Super Dan, kita semua hanya mampu menghela nafas panjang.”

“Era superstar atlet China sudah pun berakhir.”

Kesemua atlet tersebut pernah berada dalam dekad yang sama mengharumkan nama China di pelbagai lapangan sukan.

Namun Xinhua optimis bahawa ada berapa nama mampu menjulang semula kegemilangan China dalam acara sukan.

Antaranya pemain bola tampar Zhu Ting dan pemain ping pong, Zhang Jike.

Tetapi media tersebut dengan berat hati menyatakan agak mustahil untuk melihat era Superstar itu diulang semula.

Memandangkan nama yang mereka jangka akan menggantikan nama nama di atas berada dalam sukan yang bukan elit seperti balapan, badminton, tenis profesional dan NBA.

Lin Dan mengumumkan persaraannya selepas merasakan kondisi fizikalnya tidak mengizinkannya untuk terus bersaing di peringkat tertinggi.

Datuk Lee Chong Wei menganggap pemergian Lin Dan telah mengakhiri era Fantastic 4 dalam acara badminton dengan sebaiknya.

Datuk Lee Chong Wei juga pernah mengiktiraf Lin Dan sebagai pemain yang paling sukar dikalahkan dan paling ampuh dalam generasi mereka.

Malah pada ketika di kemuncak prestasinya, Lin Dan seolah olah tiada kelemahan langsung.

Baca yang lain