Media Indonesia Klaim PM Ke-8 Malaysia Asal Indonesia

Tan Sri Muhyiddin Yassin sah menjadi perdana Menteri Malaysia kelapan.

Ianya selepas Yang di-Pertuan Agong memutuskan untuk melantik beliau sebagai Perdana Menteri selepas melakukan pertimbangan berdasarkan keadaan politik semasa.

Berikut adalah kenyataan media daripada Datuk Pengelola Bijaya:


KENYATAAN MEDIA DATUK PENGELOLA BIJAYA DIRAJA

:

Kuala Lumpur, 29 Februari 2020-Istana Negara hari ini telah menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.

Proses ini adalah lanjutan daripada titah KDYMM Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultán Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di mana ketua-ketua partí politik dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas diminta untuk mengemukakan pencalonan nama-nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.

Setelah mendapat representasi daripada semua ketua-ketua parti politik yang mewakili partí masing-masing serta Ahli Dewan Rakyat yang bebas, pada hemat Seri Paduka Baginda, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat ialah YB Tan Sri Mahiaddin Bin Md Yasin (Muhyiddin), Ahli Parlimen Pagoh (P143).

Yang di-Pertuan Agong menyatakan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin ini tidak boleh dilengahkan lagi kerana mengambil kira kepentingan Rakyat.

Selain itu Yang di-Pertuan Agong percaya bahawa ini adalah solusi terbaik kepada kemelut politik yang telah melanda Malaysia.

Kegembiraan itu turut dikongsi oleh mereka yang berada di negara jiran. Ini kerana menurut mereka Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan orang Indonesia.

Dipetik daripada Sindonews, Portal berita itu menulis:

Raja Malaysia secara resmi menunjuk (melantik) Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang baru menggantikan Mahathir Mohamad. Penunjukkan (perlantikan) ini terjadi seminggu setelah terjadi perebutan kekuasaan.

Lalu siapa sebenarnya Muhyiddin Yassin?

Menurut beberapa sumber, Muhyiddin disebutkan lahir pada 15 Mei 1947 atau saat ini berusia 73 tahun.

Dalam beberapa literatur menyebutkan bahwa ayah Muhyiddin berasal dari Siak, Riau, dan masih kuturunan Bugis, salah satu suku di Sulawesi Selatan, Indonesia.

Ayahnya bernama Haji Muhammad Yassin bin Muhammad yang dikenal sebagai ulama di Muar, Johor Darul Ta’zim.

Muhyiddin Yasin bukanlah orang baru dalam dunia perpolitikan Malaysia. Dikutip dari Strait Times, Sabtu (29/2/2020), Muhyiddin Yasin adalah politikus veteran Malaysia yang telah malang melintang selama tiga dekade. Ia sempat menjabat sebagai menteri di kabinet Perdana Menteri Mahathir Mohamad, Najib Razak dan Abdullah Badawi.

Ia bahkan tercatat sebagai Wakil Perdana Menteri untuk Najib Razak sampai ia diberhentikan sebagai perdana menteri karena terjerat skandal 1Malaysia Development Berhad pada tahun 2015. Razak diduga telah melakukan korupsi lembaga investasi itu yang didirikan untuk mengembangkan ekonomi Negeri Jiran.

Muhyiddin Yassin kemudian membentuk Partai Bersatu bersama Mahathir Mohamad pada tahun 2016. Partai ini masuk dalam barisan koalisi Pakitan Harapan dalam pemilu Malaysia 2018 yang lalu. Koalisi ini berhasil memenangkan pemilu dengan mengalahkan UMNO dan mengantarkan Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Dalam pemerintahan koalisi ini, Muhyiddin Yassin ditunjuk sebagai Menteri Dalam Negeri sejak 21 Mei 2018 sebelum akhirnya ditunjuk sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8. Ia menggantikan Mahathir Mohamad yang mengundurkan diri.

Mahathir mengundurkan diri pada 24 Februari lalu. Ia mundur persis setelah Anwar Ibrahim mengatakan ada pengkhiatan dalam tubuh koalisinya dengan Mahathir.

Koalisi ini merupakan gabungan partai pendukung Mahathir dan Anwar yang terdiri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO, Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Gabungan Parti Sarawak (GPS), serta Parti Warisan Sabah (Warisan).

Muhyiddin Yassin sendiri didukung oleh Koalisi Barisan Nasional yang terdiri dari UMNO, Partai Persatuan Tionghoa Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC), serta Partai Islam se-Malaysia (PAS) untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sekali lagi tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.