Media Inggeris Kecam Laporan Media Jerman Isu Sancho

Semalam media yang dianggap boleh harap dari Jerman iaitu BILD telah mengeluarkan laporan bahawa Manchester United telah melancarkan bidaan rasmi bernilai €98 juta untuk Jadon Sancho.

Namun tawaran tersebut dilaporkan telah ditolak oleh Borrusia Dortmund yang meminta sekitar €120 juta untuk pemain tersebut.

Borussia Dortmund memang pernah menyatakan bahawa mereka tidak akan menghalang Jadon Sancho daripada berpindah sekiranya pemain tersebut yang ingin pergi dan tawaran yang dikemukakan menepati tanda harga.

Dortmund menegaskan polisi penjualan pemain mereka adalah turut mengambil kira kehendak seorang pemain itu.

Sancho hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United sejak daripada jendela perpindahan yang lalu lagi.

Ole Gunnar Solskjaer mencari pemain yang kreatif untuk menambahkan lagi spark di bahagian tengah.

Namun kenyataan oleh BILD itu telah dibidas oleh media yang berpangkalan di England.

James Ducker daripada Telegraph menyatakan bahawa laporan itu adalah tidak tepat sama sekali.

Di mana menurut Ducker, Man United Belum lagi mengemukakan sebarang bidaan rasmi.

David McDonnell Dari Mirror menyokong kenyataan Ducker Dan menegaskan bahawa Man United tidak membuat sebarang bidaan ke atas Sancho.

Penyokong Man United kemudian berkata mereka percaya pasukan mereka tidak sepantas itu untuk bertindak membida harga Sancho sebaik sahaja musim berakhir.

Kerana menurut mereka Ed Woodward la paling lembab dalam urusan seperti itu. Biasanya Ed Woodward dan Matt Judge akan beberapa kali mengadakan mesyuarat – termasuk atas talian – dengan pemilik ataupun pengurus pasukan.

Namun ada juga menyokong laporan BILD menyatakan bahawa laporan mereka itu jelas sekali tipikal bidaan Man United untuk pemain mereka suka, dengan harga tinggi dan kemudian ditolak kelab lain untuk menaikkan harga lagi.

Sancho antara pemain yang meningkat naik dengan mendadak ketika di Jerman. Beliau sebelum ini meninggalkan Manchester City kerana tidak mendapat jaminan minit perlawanan yang banyak.

Selepas itu Sancho membangun menjadi salah seorang pemain yang berprestasi tinggi di Eropah.

Sancho kemudian berjaya mendapatkan panggilan daripada skuad kebangsaan England.

Membuatkan beliau mulai dikaitkan dengan banyak sekali kelab besar.

Ini termasuk kelab lamanya sendiri iaitu Manchester City.

Baca yang lain