The Athletic membuat laporan yang mengejutkan tentang perangai Mason Greenwood yang menurut mereka, pemain muda yang berbakat tetapi biadap.
Tingkah laku Mason Greenwood semasa di akademi Manchester United terbongkar.
Dia dilaporkan seorang yang celupar dan suka menghina rakan sepasukannya sendiri, Malah memanggil Cristiano Ronaldo sebagai pemain yang kariernya dah ‘mati’ ataupun sudah ‘habis’!
Greenwood dibekukan daripada skuad Manchester United selepas kes keganasan yang dilakukannya pada 2021. Pemain Inggeris itu didakwa mendera dan merogol teman wanitanya sendiri.
Greenwood telah ditangkap oleh Polis Manchester dan pernah berada dalam penjara. Pemain berusia 21 tahun itu akhirnya dibebaskan daripada semua pertuduhan selepas prosiding jenayah dihentikan oleh Perkhidmatan Pendakwaan (CPS).
Mangsa turut menggugurkan pertuduhan ke atas Greenwood. Di mana kedua dua mereka, mangsa dan pemangsa, kini dikatakan kembali bersatu. Malah ada laporan menyebut bahawa mereka sedang bersiap sedia untuk menerima cahaya mata.
Mason Greenwood dikatakan seorang pemain muda yang sering menimbulkan masalah sejak dia masih di akademi Manchester United lagi.
Perkara ini didedahkan dalam laporan The Athletic baru-baru ini.
Greenwood sering menghina rakan sepasukannya di akademi jika mereka bermain dengan teruk. Kata-kata kasarnya malah membuatkan pihak akademi beberapa kali campur tangan.
“Dia tahu dia seorang pemain yang bagus. Dia tidak segan untuk memberitahu seseorang bahawa mereka seorang yang bodoh. Apabila anda mendengar bahawa anda berfikir, ‘Anda tidak boleh bercakap seperti itu,'” kata sumber The Athletic.
Greenwood juga menyindir bakal rakan sepasukan Manchester United, Cristiano Ronaldo. Dia menyindir bahawa CR7 telah ‘habis’ dan mengalami kemerosotan kerjaya di Real Madrid.
Kata kata itu sukar diterima oleh pemain pemain akademi yang lain di Man United. Memandangkan Ronaldo merupakan legenda hidup kelab itu.
Peminat juga terkejut dengan kecaman dilakukan Greenwood ke atas Ronaldo ketika pemain itu di Real Madrid.
Kerana Ronaldo memenangi 4 Ballon d’Or ketika di Real Madrid.
Sikap angkuh Mason Greenwood turut dilihat dalam sesi latihan. Dia sering mengugut untuk berpindah ke seteru sebandar Manchester United, iaitu Manchester City, apabila berlaku ketegangan.
Agak ironi kerana tahun lalu Ronaldo pernah menyatakan bahawa ada beberapa pemain muda di Man United yang tidak menghormati pemain senior dan enggan mendengar nasihat.
Ada media di UK mengaitkan nama Mason Greenwood sebagai salah seorang daripadanya. Di mana ketika itu Greenwood dikatakan tidak selesa dengan kepulangan semula Ronaldo.
Man United 'spoke to Mason Greenwood' over his brutal Cristiano Ronaldo put-down #MUFC https://t.co/luCWfcBiqb
— talkSPORT (@talkSPORT) March 27, 2023
Bukan itu sahaja, dalam temuramah yang disiarkan secara rasmi dalam laman Man United, Greenwood menyatakan bahawa dia akan sentiasa memilih Messi berbanding Ronaldo, apabila tiba ke persoalan tentang GOAT.
Kenyataan Greenwood itu mendapat kritikan daripada ramai peminat Man United sendiri pada masa itu.
Mason Greenwood on Messi vs Ronaldo: “For me, it’s always got to be Messi. For me, he’s just on another planet. Ronaldo is obviously amazing, a physical, great athletic footballer.” [mu] #mufc
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) July 22, 2021