Megenang Setahun Lalu, Liverpool Melakukan Kebangkitan Luar Biasa Di Anfield

Ianya adalah malam Eropah paling hebat dalam sejarah Liverpool di Anfield. Di mana The Reds ketinggala 3-0 di Nou Camp pada perlawanan pertama – walaupun The Reds bermain dengan sangat baik. Tetapi masalah ketumpulan menjadi perbezaan dengan Barca.

Liverpool melayan kunjungan gergasi Catalan, Barcelona yang dikuatkan oleh Lionel Messi dengan dua bekas pemain Liverpool. Lupakan dulu Suarez, yang seorang tu bernama Coutinho yang pergi dengan kata kata menusuk jiwa, kerana tidak yakin Liverpool akan memberikannya lebih kejayaan daripada Barcelona.

Berakhir dengan dia hanya menjadi penumpang di dalam kejayaan Barcelona pada separuh musim pertamanya, di mana Barca menjadi juara liga.

Messi seolah olah sudah menghumban Liverpool keluar dengan salah satu aksi yang hebat di Nou Camp – dalam usaha beliau mengesahkan status kehebatannya.

Selepas tamat malam di Barcelona, Henderson berkata: “Kami lagi baguih dari depan. Ini tak sepatutnya 3-0, tapi kita masih ada peluang lagi baq hang.”

“Messi luar biasa sekali. Tapi kita bukan nak bercakap tentang dia. Ianya lebih kepada, bagaimana benda ni boleh berlaku. Saya ingat lagi, ketika mandi ais, Gini berkata: ‘Kita akan bangkit, kita akan bangkit’. Dan saya ingat lagi Sadio berkata: Yeah! [kita boleh melakukannya].”

Van Dijk pula menjelaskan bahawa 3-0 adalah mengejutkan. Namun beliau tetap percaya akan dapat melakukan kebangkitan di Anfield.

Klopp mengenang kembali momen ajaib Anfield itu.

“Jadi, ketika build up game, kita kembali semula ke Anfield. Momen kita tiba di stadium, saya dapat merasakan, malam ini akan menjadi malam istimewa.”

Keajaiban di Anfield

Henderson menceritakan motivasi daripada Klopp yang berbunyi:

“Setiap pasukan yang ketinggalan 3-0 di tangan Barca pasti tiada harapan nak comeback. Namun kerana kamu, kamu semua tahu apa kamu mampu lakukan. Kita ada peluang. Peluang untuk melakukan sesuatu istimewa.”

Henderson terkesima mendengar ayat itu dan para pemain sudah tak sabar menantikan aksi seterusnya.

Legenda Man United, Rio Ferdinand di dalam ulasannya berkata: “Henderson memberitahu kita apa yang kita boleh capai daripada keadaan mustahil dan mencipta sesuatu yang kita boleh ceritakan kepada anak cucu kita di masa akan datang.”

Klopp enggan mengambil kredit lebih daripada para pemainnya: “Saya percayakannya. Namun untuk orang macam saya, ia lebih mudah, hanya menjerit di tepi padang. Tetapi kerana budak budak ni semua, kami semua baru melakukan perkara yang mustahil.”

Liverpool kehilangan Mohamed Salah dan Roberto Firmino kerana kecederaan. Mo Salah berjalan melangkah masuk ke Anfield dengan baju Never Give Up – itu adalah mesej awal kepada semua yang ada di sana.

Matip berkata: “Sudah tentu semua menagih kelibat Bobby dan Mo. Tapi mereka tak ada, mereka tak boleh bermain hari ini.”

Lalu, segalanya bermula dengan baik. Liverpool bermain dengan intensiti sangat tinggi seolah olah, itu adalah perlawanan terakhir, hidup mati mereka.

Messi sendiri mengakui Barcelona buntu untuk berdepan dengan intensiti Liverpool yang terlalu tinggi. Agak menarik kerana detik Barcelona di dalam bilik persalinan turut dipaparkan dalam dokumentari khas mereka terbitan Rakuten.

Mane memberikan bola kepada Henderson hasil kesilapan Jordi Alba. Henderson melakukan satu small touch yang sesedap rasa. Namun kecekapan Ter Stegen menafikan rembatan Hendo.

Muncul Divock Origi melakukan susulan. Tidak ofsaid dan gol!

Ketika menghampiri wisel separuh masa Jordi Alba hampir menyamakan kedudukan, namun Alisson menafikannya. Sebelum itu Alba hilang keyakinan untuk merembat dan menghantar kepada Messi dalam situasi yang dia patut sudahkan.

“Orang lupa saves yang Alisson buat. Tanpa clean sheet dia, semua ini mustahil,” tegas Van Dijk sambil memegang teh ais ikat tepi.

Selepas tamat separuh masa pertama Twitter Barcelona mengingatkan agar penyokong Liverpool jangan suka sangat. “Kitorang skor sebijik je, korang kena skor 5 ye.”

Henderson menyatakan beliau mengalami kesakitan pada kakinya. Namun menyembunyikannya. (Hareyyy)

“Saya kesakitan pada separuh masa, tetapi saya tak nak keluar. Saya tahu nanti separuh masa kedua, ianya akan ok.”

“Tendon saya sakit dan kaki saya disuntik dengan painkiller dan saya terus mengayuh basikal untuk 10 minit untuk mengelak lutut saya daripada membengkak.”

Pada separuh masa kedua, James Milner diarahkan bermain bek nkiri, menggantikan Robbo. Wijnaldum dimasukkan.

“Ketika perlawanan bersambung kami sudah merasakan kepantasan permainan,” tegas Matip.

Wijnaldum menjaringkan dua gol dalam masa 3 minit – jarak di antara gol beliau. Salah satu gol beliau persis tandukan Gerrard ketika di Istanbul.

Gini menjelaskan: “Saya agak marah, sebab manager letak saya di bangku simpanan. Jadi, saya perlu melakukan sesuatu. Dan perasaan itu sangat gila. Ia lebih istimewa selepas perlawanan. Ketika perlawanan kamu penuh dengan adrenaline. Namun selepas tamat baru kamu sedar apa yang telah kamu lakukan.”

Trent Alexander-Arnold bersedia untuk mengambil sepakan sudut. Dia mendedahkan pada malam itu beliau dan Shaqiri bergilir-gilir untuk melakukan sepakan sudut. Namun melihat semua pemain lain sedang ‘tidur’, Trent melihat Origi sahaja yang bersedia.

Lalu beliau berpatah balik dan menghantar bola kepada Origi. Gol!!!!

“Corner taken quickly, Origi!”

Gol tu tak perlukan penjelasan panjang. Kerana ia gol ikonik. Kau cuma perlu berikan ruang dalam memori kau untuk ia berada di sana selama lamanya.

Origi menjelaskan bahawa beliau sentiasa bersedia, di mana dia dan Arnold ada kontak mata dalam situasi itu. Namun tak mudah untuk menyudahkannya kerana keadaan itu berlaku sangat cepat.

Maka terjadilah kebangkitan Anfield yang membawa Liverpool ke final dan kemudian menjulang kejuaraan Eropah keenam.

Kbye.

Nah: