Melaka FC: “De Paula Semakin Serasi Dan Menjadi Tumpuan Lawan”

Melaka United meletakkan harapan yang tinggi buat pemain yang pernah menyarung jersi kebangsaan iaitu Guilherme De Paula.

De Paula merupakan pemain yang dipinjam oleh Melaka FC daripada JDT.

Dan dia sudah sedia untuk membawa cabaran Melaka di Liga M3.

Dipetik daripada Melaka Hari Ini, De Paula berkata:

“Walaupun ini cabaran baharu untuk saya beraksi di Liga M3, tetapi ia perkara biasa kerana setiap tahun pastinya cabaran baharu akan menanti.”

“Saya tidak perlu membuktikan betapa bagusnya saya di atas padang kepada sesiapa kerana telah terbukti dalam sejarah karier saya di Malaysia dan saya pernah memenangi banyak trofi.

“Misi utama saya adalah untuk menghadapi cabaran baharu ini dan membantu Melaka kembali ke saingan Liga Super musim hadapan.”

Dalam satu muat naik Melaka FC di platform Facebook rasmi kelab itu, pengurusan Melaka United mendedahkan bahawa De Paula akan menjadi senjata utama mereka.

Ini berdasarkan latar belakang karier pemain itu yang sangat hebat, dan pernah mewakili Malaysia beberapa kali.

Kelab juga gembira kerana De Paula semakin serasi bersama dengan rakan sepasukan lain walaupun hanya 2 minggu bersama.

Dalam kenyataan yang sama Melaka FC mendedahkan bahawa De Paula merupakan pemain tumpuan pasukan lawan.

Kenyataan itu berbunyi: “Penyerang utama pasukan Melaka FC Guilherme de Paula semakin serasi bersama rakan sepasukan walaupun baru dua minggu bersama dalam sesi latihan.”

“Menjadi tumpuan pasukan lawan, De Paula yang dipinjamkan dari JDT pastinya menjadi penguat jentera pasukan Melaka FC.”

“De Paula juga berpengalaman bersama pasukan dalam liga Malaysia seperti Selangor, PDRM, Kuala Lumpur City, JDT malah turut menyarung jersi pasukan Kebangsaan.”

“Ini pastinya menjadi senjata utama pasukan Sang Kancil dalam mengharungi saingan M3.”

“Selain De Paula , Melaka FC juga mempunyai pemain berbakat lain seperti Fakrul Aiman dan Nor Harith Roslan yang akan memperkuat barisan serangan skuad Melaka FC.”

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.