Memahami Analisis Scholes: Kenapa Bruno Fernandes Kerap ‘Hilang’ Dalam Perlawanan ‘Besar’

Paul Scholes memberikan analisis ringkasnya kenapa Bruno Fernandes kerap bergelut dalam perlawanan besar terutama sekali berdepan dengan pasukan big six.

Paul Scholes menyatakan, di matanya, Bruno Fernandes tidak layak menjadi pemain terbaik musim ini kerana seringkali hilang impak dalam perlawanan besar.

Dipetik dari Optus Sports, Scholes berkata:

“Apa yang dia bawakan ke dalam pasukan United ini … sangat istimewa. Dia mencipta gol, menjaringkan gol – namun bukan dalam perlawan besar – tetapi di dalam banyak perlawanan.”

“Pada akhirnya, di Man United anda berada di sana untuk memenangi piala dan perlawanan besar dan dia harus menjadi pengaruh yang lebih besar daripada perlawanan seperti itu.”

Analisis ringkas Scholes

“Saya dapat memberikan alasan sedikit untuk beliau – dengan bahagian tengah United – yang bagi saya, mereka perlu melindungi pertahanan dengan banyak sekali, terutama dalam perlawanan besar, berdepan dengan pasukan menyerang yang bagus.”

“[Pemain tengah] duduk terlalu ke bawah dan dia tidak mendapat sokongan dari pemain tengah, sedangkan itu adalah penting baginya … Dia memerlukan pemain pemain lain di sekelilingnya untuk memacu mereka naik sehingga dia mendapat ruang yang dia mahukan.”

Scholes, yang memenangi 11 gelaran Liga Perdana dan dua Liga Juara-Juara di Old Trafford, menambah, faktor lain mengapa Fernandes tidak seharusnya meraih anugerah PFA musim ini adalah kerana pada pandangan beliau, pemain Manchester City lebih layak.

“Dia seharusnya berada dalam senarai pencabar [untuk Pemain Terbaik PFA], tidak ada keraguan tentang itu, tetapi saya selalu percaya bahawa pemain terbaik adalah pemain yang bermain untuk pasukan yang memenangi liga,” kata Scholes.

“Dan ada beberapa pemain City yang akan saya pilih sebelum Bruno.”

Memahami apa yang dimaksudkan Scholes

Sebenarnya Bruno Fernandes adalah pemain nombor 8. Beliau adalah pemain attacking midfielder. Secara prinsipnya pemain seperti ini, saya pernah jelaskan dahulu, semakin dekat mereka dengan kotak penalti lawan, semakin bahaya mereka kepada lawan.

Ataupun semakin tinggi mereka di atas padang, semakin berpengaruh permainan mereka. Mereka adalah enforcer. Sifat enforcer adalah menarik dan memacu pemain dari bawah bersamanya naik ke atas.

Itu yang terjadi kepada Fernandes. Jadi, apa yang dikatakan Scholes itu ada benarnya. Lihat impak Fernandes dalam aksi berdepan Liverpool di Anfield dalam saingan liga.

Pada separuh masa pertama United bermain lebih rigid dan bertahan. Kesannya dia hilang begitu sahaja. Bezanya pada separuh masa kedua, United mulai lebih berani dan ofensif. Fernandes mulai menjadi pengancam utama pasukan Liverpool, dan sayang dia tak skor dalam perlawanan itu.

Fernandes adalah pemain yang sangat bagus berada di posisi zon 14. Jadi, pendekatan Ole juga boleh dikatakan punca kepada isu kenapa Fernandes bergelut dengan lawan big six.

Namun nak salahkan Ole 100% itu sukar. Kerana Ole adalah pengurus yang mengamalkan pendekatan asas bola sepak iaitu stabilkan belakang dahulu sebelum menyerang.

Berdepan dengan pasukan fluid dengan pemain berbakat seperti Liverpool, City atau Chelsea, mereka perlu mengutamakan perlindungan kepada back 4.

Jadi, dua pivot United iaitu Fred dan McTominay perlu memainkan peranan mereka. Kes ini sebenarnya mirip kepada kes Pogba. Pemain yang semakin dekat dengan kotak penalti lawan, semakin bahaya.

Namun potensi mereka kerap dihalang oleh masalah stabiliti di belakang. Dan mereka terpaksa turun lebih ke bawah untuk membantu melindungi back 4.

Oleh sebab itu Scholes berkata: “[Pemain tengah] duduk terlalu ke bawah dan dia tidak mendapat sokongan dari pemain tengah, sedangkan itu adalah penting baginya … Dia memerlukan pemain pemain lain di sekelilingnya untuk memacu mereka naik sehingga dia mendapat ruang yang dia mahukan.”

Rumusan

Kenyataan Scholes itu pada pandangan saya, paling tepat menggambarkan situasi Fernandes. Beliau bukannya ‘takut’ atau ‘kecut’ dengan big games. Tetapi lebih kepada isu taktikal dan teknikal di dalam pasukan.

Apa yang perlu dilakukan United adalah membentuk pasukan yang benar benar boleh bermain dominan dengan bola bertemu dengan sesiapa sahaja termasuk City, Liverpool, Chelsea mahupun Barcelona sekalipun.

Harus diakui, Man United ada simptom agak bergantung kepada Fernandes untuk menyelamatkan mereka apabila kesulitan. Namun impak pemain itu akan berkurang jika dia tidak dapat bermain di zon 14.

Impaknya turut melarat kepada pasukan. Lihat rekod United musim ini berdepan dengan big six.

United sudah menemui pemain yang world class di tengah. Dan mereka perlu optimumkan beliau sebaiknya dalam setiap perlawanan.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.