Memahami Peminat Sedang Kebosanan, LFC Tayang Video Kesemua 60 Gol Liga Secara Percuma

Liverpool melengkapkan rehat musim sejuk pertama mereka sebagai pasukan di atas Liga. Dan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 25 perlawanan,

Liverpool sah menjadi pasukan yang tak boleh tersingkir musim ini, dan memerlukan 1 lagi kemenangan untuk mengesahkan kelayakan ke UCL. Kalau dia kalah semua game lepas tu pun, dua benda di atas ni terjamin.

Untuk kejuaraan Liga, Liverpool perlu menang 6 lagi perlawanan, dan selepas itu mereka boleh memikirkan soal memberikan peluang kepada pelatih muda basikal lajak Liverpool untuk beraksi.

Namun dalam bola sepak, semuanya boleh berlaku. Misalnya, Lord Origi membantai Barcelona dan juga macam macam perkara lain.

Origi mengucapkan terima kasih kepada mentor basikal lajak beliau

Mengetahui peminat bola sepak sedang bosan dengan cuti rehat ini. Maka Liverpool mengarahkan petugas media mereka untuk memberikan segmen hiburan yang mudah.

Sebagai penyokong bola sepak, agak sukar untuk penyokong Liverpool terhibur dengan benda benda seperti kes Sajat ataupun pertarungan Long Tiger dan Jebat Derhaka.

Apatah lagi nak bercerita soal artis demam dan balik kampung.

60 gol EPL

Lalu LFC memuat naik video 60 gol liga pasukan Liverpool setakat ini. Ianya gol yang terhasil daripada 25 perlawanan dengan 24 daripadanya adalah kemenangan.

Hanya sekali sahaja Liverpool seri iaitu di Old Trafford. Di mana ketika itu Liverpool sekadar seri 1-1 berhadapan dengan pasukan Ole Gunnar Solskjaer.

Dan pada 31  Januari lalu, Liverpool mengesahkan rekod menang mereka ke atas setiap satu lawan mereka di EPL setakat ini.

Liverpool kini 22 mata di atas Manchester City pada carta liga perdana Inggeris.

Eh kenapa 60 gol liga sahaja? Kenapa tak dimasuk kesemua gol pertandingan lain. Jawapannya, banyak sangat hanat. Ini cukuplah buat kau isi masa senggang.

Jom kita bergumbira dengan koleksi gol Liverpool di bawah ini sambil mengenang kembali momen korang menjerit:

Daripada gol gol dicipta oleh pahlawan Liverpool tadi, yang mana satu yang paling meninggalkan kesan di hati anda, sehingga susah nak bergerak ke atas/move on.

Mana satu korang sukai?

Jangan lupakan yang paling korang suka.

Macam saya, saya sukakan gol Sadio Mane vs Aston Villa tu. Entah macamana dia hulur kepala dia untuk sambut corner yang sampai tak sampai ke near post tu. Saat akhir pula tu kan?

Tahu, agak sukar korang nak ingat kesemua gol tu. Atas tu kan ada. Kongsi juga, gol mana yang buatkan korang kena marah dengan bini, atau emak korang sebab jerit pepagi buta.

Apa seterusnya

Liverpool sekarang tengang bercuti dan bersuka ria bersama dengan keluarga, sahabat handai.

Jadi, Liverpool hanya kan turun semula beraksi pada 16 Februari ini berhadapan dengan Norwich City.

 

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.