Juara Eropah dan juga salah sebuah pasukan ikonik dalam sejarah Piala Dunia, Itali diaibkan sekali lagi apabila gagal mara ke Piala Dunia 2022.
Ini selepas mereka tewas di tangan Macedonia Utara dalam aksi separuh akhir Play Off kelompok C.
Sebuah lagi pasukan iaitu, Portugal yang berada di laluan sama, berjaya mara selepas mengatasi cabaran Turki.
Macedonia Utara mengejutkan Itali apabila juara Eropah terlepas Piala Dunia kedua berturut-turut.
Ini adalah kali pertama dalam sejarah Azzurri mereka gagal ke Piala Dunia dalam dua edisi berturut-turut.
Gol lewat oleh Aleksandar Trajkovski pada minit kedua masa kecederaan mengejutkan juara Eropah itu di Palermo.
Macedonia Utara menempah perlawanan akhir kelayakan dengan Portugal di Porto pada hari Selasa untuk peluang berada di Qatar pada November.
NORTH MACEDONIA IN THE 92ND MINUTE! 🇲🇰
ITALY AREN'T GOING TO THE 2022 WORLD CUP 🤯 pic.twitter.com/S0N7rsI0R4
— GOAL (@goal) March 24, 2022
Skuad kendalian Roberto Mancini diejek dengan nyaring sekali selepas kekalahan yang bermakna Itali perlu menunggu sehingga sekurang-kurangnya sehingga 2026 untuk melihat pasukan kebangsaannya beraksi di Piala Dunia.
Ketika itu akan menandakan sudah 12 tahun sejak penyertaan terakhir Azzurri dalam kejohanan bola sepak terbesar dunia selepas mereka gagal melayakkan diri ke edisi 2018, juga tersingkir di play-off pada ketika itu.
Di mana Buffon menangis di hadapan wartawan meminta maaf kepada seluruh rakyat Itali dengan nada sangat sedih dan kecewa.
Selepas kegagalan itu Roberto Mancini dilantik menjadi pengurus dan membangkitkan Azzuri sehingga menjadi juara Eropah.
Itali turut mencipta rekod tanpa kalah terpanjang sejarah aksi antarabangsa.
◉ July 2021: Italy win Euro 2020
◉ September 2021: Italy set a new record for the longest unbeaten run in international history
◉ March 2022: Italy fail to qualify for back-to-back World Cups
— Squawka News (@SquawkaNews) March 24, 2022
Namun nasib malang menimpa Itali sekali lagi apabila mereka gagal untuk melepasi aksi kelayakan di peringkat kumpulan. Mereka terpaksa beraksi di play off.
❌ 2018
❌ 2022Italy have failed to qualify for back-to-back World Cups for the first time in their history. 🤯 pic.twitter.com/m7hyjMT0fM
— Squawka (@Squawka) March 24, 2022
Macedonia Utara meneruskan perjalanan luar biasa mereka dalam kempen kelayakan kali ini.
Lihatlah betapa bermaknanya detik ini kepada mereka.
Look what it meant to North Macedonia after knocking out Italy! ❤️💛
(via ffmacedonia/IG) pic.twitter.com/PqUAbZFzXr
— ESPN FC (@ESPNFC) March 24, 2022