Memalukan! Wartawan Ini Kecam FIFA Berikan Slot Piala Dunia Kelab Kepada Inter Miami Kerana Messi

Wartawan bola sepak terkemuka Martyn Ziegler membidas FIFA kerana tindakan mereka sebelum ini memberikan satu slot khas pasukan negara tuan rumah kepada Inter Miami.

Kelab milik David Beckham itu akan mara ke Piala Dunia Kelab 2025 bersama Monterrey, Seattle Sounders, Club Leon, dan Pachuca – sebagai wakil konfederasi Concacaf.

Empat pasukan tersebut melayakkan diri ke Piala Dunia Klub 2025 dengan status juara Concacaf Champions Cup dari musim 2021 hingga 2024.

Namun, keputusan FIFA tersebut dikritik habis-habisan oleh wartawan bola sepak terkemuka, Martyn Ziegler.

Ziegler menyebut bahwa keputusan untuk memberikan slot kepada Inter Miami untuk layak ke Piala Dunia Kelab 2025 sangat aneh.

Ziegler menyebut seharusnya yang layak ke Piala Dunia Klub 2025 adalah pasukan yang juara MLS 2024, bukan pemenang Supporters’ Shield 2024.

Inter Miami sebelum ini menjuarai Perisai Peminat atau Supporters’ Shield. Ianya adalah ‘shield’ yang diberikan kepada pasukan MLS yang mencatatkan rekod terbaik dalam musim regular.

MLS ada 2 liga persidangan. Dengan pemenang sebenar akan ditentukan dengan aksi playoffs antara pasukan terbaik dalam dua persidangan tersebut.

Inter Miami dianggap pasukan terbaik selepas liga kumpulan berakhir dengan rekod catatan dari segi mata, gol dan sebagainya. Namun di Amerika Syarikat, mereka masih bukan digelar juara sebenar, kerana mereka masih tidak menentang pasukan terbaik daripada zon yang satu lagi.

Namun ketika Inter Miami diserahkan Supporters’ Shield beberapa bulan lalu, Gianni Infantino tiba tiba mencapai mikrofon dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan kelab itu menjadi wakil tuan rumah ke Piala Dunia Kelab yang akan datang, berdasarkan format baharu 32 pasukan.

Martyn Ziegler mendedahkan sebelum ini FIFA memang bercadang mahu memberikan slot itu kepada juara MLS Cups. Namun jelas sekali FIFA tidak mahu melepaskan peluang untuk memastikan Lionel Messi ada dalam pertandingan itu.

Dan terlebih dahulu mengecop nama Inter Miami  sebagai pasukan yang bertanding. Sedangkan Inter Miami sebenarnya masih berpeluang untuk mara ke Piala Dunia Kelab sebagai juara Piala MLS.

Jelas sekali tindakan FIFA itu melegakan mereka kerana mereka terdesak mahu mendapatkan publisiti daripada Lionel Messi. Jika tidak, mereka pasti akan terlepas Messi dalam Piala Dunia Kelab kali ini kerana Inter Miami baru sahaja disingkirkan Atlanta United dengan jaringan tipis 2-3.

Kegagalan itu menyaksikan Inter Miami terus gagal memenangi MLS Cup pertama mereka di dalam sejarah.

Oleh sebab itulah Martyn Ziegler menganggap cara FIFA ini sebagai pelik dan aneh. Seolah olah mereka memang mencari peluang serta terdesak mahukan Inter Miami yang mara kerana ada Messi.

Beliau menulis: “Keputusan FIFA untuk memberikan Inter Miami tempat di Piala Dunia Antar Kelab dan bukannya kepada siapa yang menjadi juara MLS kelihatan lebih kepada keputusan yang sudah pun ditentukan sebelum ia sepatutnya dibuat, dan ianya memalukan.

“Diyakini bahwa FIFA ingin memastikan bahwa Messi akan terlibat untuk menarik penajaan dan hak penyiaran TV – mereka masih harus mengumumkan siapa yang memiliki hak penyiaran untuk pertandingan tersebut – dan tidak ingin mengambil risiko bahwa Inter Miami tidak akan menjadi juara MLS,” tegas Ziegler.