Ramai yang mahukan kepastian tentang gambar tular menunjukkan Lionel Messi memandikan seorang kanak kanak yang dikatakan Lamine Yamal.
Gambar tersebut menjadi viral kerana prestasi Lamine Yamal yang luar biasa. Dan ada yang menganggap gambar itu adalah ikonik.
Tetapi pada zaman AI pada hari ini, segalanya boleh. Gambar atau video boleh disunting dengan sesuka hati. Misalnya video yang didakwa Kylian Mbappe dimarahi gurunya semasa dia kecil, sebenarnya video suntingan AI menggunakan Deepfake.
Gambar Messi dan bayi yang didakwa Lamine Yamal itu mulai tular di Instagram dengan kapsyen: “Permulaan kisah dua legenda”
Ini kerana pada masa itu Messi masih lagi sangat muda, baru berusia 20 tahun dan Lamine Yamal pula masih bayi. Kemudian gambar itu pergi ke merata platform di atas talian.
Jadi adakah gambar Lionel Messi dan Lamine Yamal ini juga AI atau gambar sebenar? Jika gambar itu real sekalipun, adakah benar bayi itu Lamine Yamal atau orang lain?
The Guardian melaporkan bahawam Jurugambar Associated Press yang mengambil gambar Messi itu, Joan Monfort mengesahkan gambar itu adalah asli. Lionel Messi benar benar pernah memandikan Lamine Yamal ketika dia masih bayi lagi. Ianya berlaku kira kira 16 tahun yang lalu.
Foto itu diambil pada tahun 2007. Di mana Barcelona terlibat dalam kempen dengan UNICEF. Setiap tahun akan ada program Barcelona FC dengan kanak kanak di seluruh dunia.
Dan pada hari tersebut, UNICEF dan Barcelona memilih keluarga Lamine Yamal yang tinggal di kawasan terkenal dengan pelarian dan pendatang asing di Catalan iaitu kawasan Rocafonda.
Korang boleh baca artikel ini:
Ini Maksud Keraian Simbol 304 Lamine Yamal Dan Dua Bendera Pada Kasutnya
Keluarga Lamine Yamal dijemput ke Nou Camp, ketika Lamine Yamal berusia beberapa bulan.
Sesi penggambaran dibuat melibatkan Messi dan Lamine Yamal sebagai kempen untuk menyokong golongan pelarian yang mahu mencari kehidupan lebih baik. Gambar tersebut turut disematkan pada kalendar UNICEF dan diterbitkan juga di ruangan akhbar Diario Sport.
Memang Barcelona tidak pernah menyangka bayi itu suatu hari nanti akan menjadi bakat luar biasa dalam bola sepak.
Monfort yang bertugas mengambil gambar itu menceritakan bahawa pada hari penggambaran itu dibuat, ibu Yamine Lamal yang berasal dari Equatorial Guinea berada di sebelah Lionel Messi pada satu sesi penggambaran.
Yep, that's a six-month old Lamine Yamal with a 20-year-old Lionel Messi at a photoshoot in the Camp Nou.
At least now we know where the teenager gets his powers from 😉🐐#ESPFRA #EURO2024 pic.twitter.com/ZpHVlElUBO
— DW Sports (@dw_sports) July 9, 2024
Monfort berkata: “Kami membuat penggambaran untuk kalendar UNICEF. Di mana UNICEF ketika itu terkesan dengan nasib keluarga di Rocafonda, di Mantaro, tempat Lamine Yamal dan keluarganya tinggal. Jadi UNICEF mahu mengadakan sesi penggambaran itu itu mengutip derma. Keluarga Lamine Yamal setuju pada masa itu.
“Ada satu sesi itu Lamine berada di tub mandi yang penuh dengan air. Gambar itu sangat sukar untuk diambil. Sebab Lionel Messi awalnya tidak tahu cara memegang bayi itu dengan betul. Messi membantu memandikan bayi tersebut.
Monfort akui, dia sebenarnya tidak perasan bahawa Lamine Yamal yang sedang popular pada hari ini adalah bayi dalam gambar itu.
“Kawan saya hantar gambar itu kepada saya, gambar daripada tahun 2007. Dan dia memberitahu saya gambar itu tular teruk di atas talian. Saya sendiri tidak perasan Lamine Yamal merupakan bayi itu dahulu.”
Monfort gembira kerana gambar itu ikonik. Dia memang selalu menganggap sesi fotografi itu adalah yang terbesar dia pernah terlibat di dalam kariernya.
Messi kini sudah pun berada di fasa akhir kariernya dan sudah memenangi Piala Dunia 2022. Sementara Lamine Yamal mendapat debut dalam EURO, menjadi pemain paling muda debut dalam Euro, pemain paling muda melakukan assist dalam Euro. Dan kemudian menjadi pemain paling muda menjaringkan gol dalam Euro.
Kedua dua mereka bersama sama dengan skuad kebangsaan masing masing.