MEMENTO: Kisah Lelaki Memori Jangka Pendek Mencari Pembunuh & Perogol Isterinya

Jika anda penggemar filem Christopher Nolan, Filem Memento ini bukanlah naskah yang asing bagi anda. Malah ramai juga yang mengenali Christopher Nolan daripada filem ini.

Filem ini sebenarnya tak boleh nak ulas panjang sangat, sebab akan mencetuskan spoiler bagi yang tidak menontonnya lagi. Dan dengan saya sangat merekomendasi filem ini kepada anda.

Jalan cerita dia berkisar kepada seorang lelaki yang mencari siapakah pembunuh dan perogol isterinya.

Ianya nampak seperti benda biasa dalam kisah Hollywood. Lelaki yang cuba membalas dendam.

Leonard Shelby ataupun Lenny (panggilan manja oleh isterinya) ini sudah berhadapan dengan konflik hidup yang teruk apabila isterinya dibunuh dan dirogol secara sadistik.

Namun ia lebih teruk apabila Lenny merupakan pengidap penyakt short-term memory atau memori jangka pendek.

Anda bayangkan memorinya akan terhapus dalam masa yang singkat. Setiap hari adalah hari yang baru baginya. Jadi macamana dia nak meneruskan penyiasatan? Jika penyiasatan dia berada di titik K misalnya. Bagaimana dia nak ke L?

Korang pernah layan 50 First Dates? Itulah penyakit dia ni.

Dan kadangkala dia terpaksa bermula dari A balik. Itu adalah cabaran dia. Lenny bergantung dengan gambar yang dia ambil dan catatan di belakangnya.

Penyakit dia ni membuatkan Lenny seperti tayar bas berpusing-pusing, pusing-pusing, tayar bas berpusing-pusing, pusing-pusing, sepanjang hari.

Aku memula tengok cerita ni memang berpusing-pusing dibuatnya. Sebab Lenny ajak kita pusing balik jejak benda yang penting membantu dia dalam penyiasatan.

Setiap tatu ada di badannya adalah simpanan memori secara external supaya dia boleh ingat kembali tentang perkara itu.

Dalam penyiasatannya, Lenny tidak berseorangan. Ada pegawai polis bernama Teddy, lakonan John Edward Gammell. Masalah Tedd sekarang, dia sedang membantu seorang yang ada masalah dengan memorinya.

Dalam penyiasatannya, Lenny ada bertemu dengan seorang awek bernama Natalie, lakonan Carrie Ann Moss. Ya, awek Matrix.

Di kala dia sibuk nak menyelesaikan siasatannya, Lenny pula terpaksa membantu Natalie yang kebetulan ada masalah.

Sepanjang filem ini para penonton akan diajak untuk berfikir dan pada masa yang sama menyiasat sendiri di dalam hati. Cuba membantu Lenny menyelesaikan masalahnya.

Setiap watak yang muncul di setiap babak akan memberikan petunjuk tersendiri kepada pencarian Lenny. Ianya sarat dengan teka-teki.

Plot penceritaannya banyak menggunakan imbas kembali peristiwa sebelum ini. Dan berlaku juga konflik pada ingatan Lenny. Ada juga yang cuba memanipulasi daya memori beliau. Ini yang menjadikan filem ini semakin ‘menyeksa otak’ anda.

Tetapi anda jangan risau. Seksaan otak tu tidak membuatkan filem ini bosan. Kerana Nolan tidaklah terlalu membiarkan anda berjalan sendiri mencari dan berfikir. Banyak petunjuk dan pemudah yang Nolan tampilkan dalam filem ini.

Pencarian Lenny akan membawa beliau kepada banyak penemuan lain. Orang di sekelilingnya, ada yang baik dan ada yang opportunist dengannya. Setiap benda yang ada dalam poket ataupun notanya adalah sangat penting untuk dia menjejak kembali memorinya dan meyambungnya semula.

Dari segi lakonan memang tipikal style lakon layar kehenda Christopher Nolan la. Guy Pearce dengan gaya lakonan yang sangat nampak semulajadi.

Kalau korang tak pernah tengok filem ini, apalagi jalankan carian anda dan tonton sendiri. Rasanya dekat Netflix ada ni.

Baca yang lain