Menang 10 Kali Berturut-Turut, Immobile Capai 20 Gol. Lazio Semakin Padu

Lazio turun menentang Napoli, kedua-dua pasukan mempunyai penyerang utama Itali. Lazio dengan Ciro Immobile dan Napoli dengan Lorenzo Insigne.

Hantaran kebelakang Elseid Hysaj kepada penjaga gol mereka, David Ospina. Immobile meluru memberi tekanan dan berjaya merampas bola dari kaki Ospina, melakukan pusingan sambil melepaskan rembatan dan gol.

Lazio meneruskan momentum kemenangan selepas menewaskan Napoli 1-0 kepada 10 perlawanan berturut-turut.

Perebutan Scudetto semakin rancak, Lazio tampil menjadi pakej bersama Inter Milan untuk mencabar dominasi Juventus dalam kancah saingan domestik Itali.

Immobile muncul pemain pertama di 5 liga utama eropah yang mencapai 20 gol. Penyerang tengah ini hanya memerlukan 18 perlawanan bagi mengumpul jumlah itu.

Mempunyai fasa cemerlang dengan menjaringkan gol pada 9 perlawanan berturut-turut dengan jumlah 13 gol.

Immobile juga 5 kali membuat bantuan gol dan tidak lupa 2 kekasaran lawan ke atasnya menghasilkan 2 sepakan penati.

Immobile berada dalam prestasi memukau dan kecemerlangannya membantu Lazio mencabar kejuaraan.

Berikut adalah penjaring terbanyak di 5 liga utama eropah,

  1. Ciro Immobile (Lazio), 20 gol
  2. Robert Lewandowski (Munich), 19
  3. Jamie Vardy (Leicester), 17
  4. Wissem Yedden (Monaco), 14
  5. Lionel Messi (Barcelona), 13

Adakah Lazio mempunyai peluang meraih Scudetto

Jawapannya adalah ya. Lazio pada ketika ini mencatat 10 kemenangan pada 10 perlawanan dan 11 menang 2 seri pada 13 perlawanan terakhir.

Dalam tempoh itu Juventus mencatat 8 menang, 1 seri dan 1 kalah. Inter Milan pula merekod 7 menang 3 seri.

Melihat kepada 13 perlawanan terakhir Juventus merekod 10 menang 2 seri dan 1 kalah. Inter dengan 8 menang 4 seri dan 1 kalah.

Lazio mempunyai tempoh lebih baik berbanding 2 pasukan teratas ini. Dalam rentetan kemenangan Lazio, mereka menewaskan Juventus 2 kali di Seria A dan Super Coppa Italia dengan keputusan 3-1.

Salah satu faktor Seria A terbuka untuk Inter Milan dan Lazio adalah kerana Juventus tergelincir. 2 kali tewas kepada Lazio

 

Melihat kepada rekod musim semasa, pasukan ini boleh bermimpi untuk menjulang Scuddetto.

Tetapi jika melihat kepada rekod dan sejarah Seria A, jawapannya tidak.

Pasukan murah juga mampu secara mengejut menjuarai liga

Masih ingatkah dengan cerita Leicester City?

Walaupun mempunyai skrip berbeza tetapi pasukan itu bukanlah sebuah pasukan yang dibina dengan harga yang mahal. Mereka hanya bernilai €47 juta dan nilai pemain meningkat kepada €140 juta selepas menjuarai Liga Perdana.

Mahrez hanya bernilai €500 ribu, selepas 12 bulan beliau berharga €35 juta dan dibeli oleh Manchester City dengan harga hampir €70 juta. Begitu juga dengan N’Golo Kante dan Jamie Vardy.

Mekanisma yang mirip dengan Lazio sekarang, sekumpulan pemain yang dibayar dengan harga yang rendah.

Luis Alberto dan Milinkovic-Savic menjadi karektor penting bahagian tengah Lazio dengan menyumbang 20 bantuan gol

Seperti Lazio membeli Milinkovic sekitar £9 juta, kini dikatakan bernilai £90 juta. begitu juga dengan Luiz Alberto yang dibeli dari Liverpool dengan nilai hanya £4.3 juta.

Immobile sebaris dengan rekod 60 tahun lepas

Ketika Immobile menjaringkan gol ke-17 pada 1 Disember, beliau telah sebaris dengan Antonilo Angellilo (Inter-1958/59) dan Felice Borel (Juventus-1933/34), menjaringkan 17 gol dalam 14 perlawanan pertama liga.

Ahad lepas, jaringan ke-20 Immobile meletakkannya pemain pertama menjaringkan dalam hanya 18 perlawanan awal.

Immobile juga digambarkan seperti Di Natalie versi 2.0. Berikut adalah statistik Immobile di Seria A sepanjang bersama Lazio.

  • 157 penampilan
  • 108 gol
  • 30 bantuan

Bagaimana Lazio dilihat pada musim ini

Simone Inzaghi mengamalkan sistem pertahanan bertiga. Berbeza dengan Inter Milan yang menggunakan wingback dari pemain fullback, Inzaghi menggunakan pemain dari baka side midfielder.

Manuel Lazzari dan Jony dibawa masuk pada musim ini dari Malaga dan SPAL untuk bersama kapten pasukan dari Bosnia, Senad Lulic dan Adam Marusic.

Keempat-empat pemain ini merupakan pemain wide midfielder yang membentuk 3-5-2 flat Inzaghi.

Stefan Radu menjadi tunjang back 3, bersama Luiz Felipe dan Francesco Acerbi. Denis Valvo (Copenhagen) dibeli pada musim ini bagi menawarkan squad depth bersama Bastos dan Patric.

Stefan Radu tunjang pertahanan bertiga Lazio dan hanya dikhususkan bermain untuk Seria A berbanding Liga Europa

Pemain paling bernilai mereka Sergej Milinkovic-Savic (presiden Lazio, Lolito pernah kata jika ada pasukan mahu beli dengan harga £100 pun dia akan tolak) bersama bekas pemain Liverpool, Luis Alberto dan Lucas Leiva mengemudi barisan tengah.

Sehingga kini Alberto sudah menghasilkan 13 bantuan gol dan 7 dari Milinkovic. Hub hantaran kunci banyak berlaku di center area berbanding wide area.

Jika Inter mempunyai Romelu Lukaku dan Lautaro Martinez sebagai peledak mereka, Lazio juga tidak kurang hebat dengan Ciro Immobile dan Joaquin Correa sebagai penyerang berkembar.

Sementara itu Felipe Caicedo agak baik bertindak sebagai penyerang simpanan, kini mempunyai 5 gol dan 2 bantuan dalam peranan tersebut.

Radu, Milinkovic, Alberto, Lulic dan Immobile adalah pemain kunci Lazio dalam mencatat keputusan cemerlang sehingga ahad lepas.

Anda rasa Lazio boleh menang Scudetto?

https://gianlucadimarzio.com/it/lazio-scudetto-possibile-motivo-perche-leicester-confronto-rosa-valore

https://www.getfootballnewsitaly.com/2019/ciro-immobile-on-fire-as-he-reaches-17-goals/

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang