Itali semalam bermain dengan gaya bola sepak yang bukan tipikal Itali yang seringkali disebut peminat bola sepak.
Itali seringkali dianggap pasukan gaya bertahan. Sebab itu pada era Conte, mereka digelar sebagai mini catenaccio merujuk kepada sistem Itali yang seringkali dilabel anti bola sepak.
Italy with 394 passes attempted in that first-half — more than any other opening 45 minutes across their whole Euro 2020 campaign.
Also the best passing accuracy (93 per cent) across that period.
Looking very strong in possession.
— Mark Carey (@MarkCarey93) June 15, 2024
Dalam aksi menentang Albania, Itali menjadi pasukan high pressing dan dahagakan penguasaan bola. Dengan pada satu ketika mereka menguasai hampir 80% perlawanan. Dan sepanjang 90 minit secara purata mereka menguasai 69% bola.
Italy with over 650 passes so far. Never thought I’d see this day!
Will be extremely interesting to see how they play and build up against Spain’s quality and pressing.
Roles reversed maybe? #EURo2024 https://t.co/OSgIbiqEPD pic.twitter.com/9kO80R7DMx
— Fathalli (@FathalliMohamed) June 15, 2024
Sepanjang perlawanan mereka melakukan lebih 800 hantaran antara pemain. Ya, mungkin ada yang akan cakap ini cuma Albania. Namun Itali masih dikira terlalu superior dalam penguasaan bola mereka.
Kenapa perubahan bola sepak dalam permainan Itali ini berlaku?
Ianya kerana Luciano Spalletti!
Dia bukan tipikal pengurus Itali yang sukakan permainan berasaskan sistem bertahan dan serangan balas. Dia pengurus Itali yang dikenali dengan kegilaannya kepada bola sepak moden. Di AS Roma satu ketika dahulu dia menghidupkan sistem false 9 di kelab itu ketika mereka berdepan masalah kecederaan penyerang utama Vucinic pada musim 2006/07.
Dia menjadikan trequartista legenda, Francesco Totti sebagai false 9 dalam sistem 4-6-0, Dan Totti melakukan tugasan itu dengan luar biasa. Malah seringkali menjadi rujukan tentang bagaimana false 9 itu harus beroperasi.
Dengan sistem false 9 itu, Spalletti menyelamatkan kariernya yang diancam pemecatan. Di mana Roma ketika itu berada di tangga ke-15. Selepas penggunaan sistem false 9, mereka menang 11 perlawanan berturut turut dan menamatkan liga di tangga ke-5.
Kini di Itali dia menggunakan pendekatan lebih moden. Dengan pemain pemain muda seperti Chiesa, dan Riccardo Calafiori di bahagian pertahanan. Mereka juga ada Gianluigi Donnarumma yang boleh bermain ball playing keeper.
22 year-old Riccardo Calafiori for Italy vs Albania 🤝
• 100% aerial duels won
• 93% pass accuracy
• 5 recoveries
• 3 interceptions
• 2/2 dribbles completedThe aura is insane 💎 pic.twitter.com/yo5kAr7UYi
— Rising Ballers (@RisingBallers_) June 15, 2024
Walaupun kita memberikan kredit kepada Spalletti, jangan dilupakan bahawa asas permainan yang lebih dahagakan penguasaan bola ini berbanding pragmatik adalah dicetuskan oleh Roberto Mancini sebelum ini.
Pengurus yang pernah mengendalikan banyak kelab termasuk Manchester City. Pengurus yang inovatif dan idealis dalam taktikalnya.
Beberapa tahun lalu, Itali pernah menang ke atas Amerika Syarikat dengan 74% penguasaan bola. Membuatkan Mancini terus berseloroh: “Jadi, pasukan lain harus waspada dengan Itali.”
Jadi, penyerahan baton daripada Mancini ke Spalletti adalah sangat tepat. Kerana kedua duanya memiliki falsafah taktikal yang hampir sama. Jadi tidak perlu merombak projek yang sebelum ini. Cuma meneruskan dan menambahkan lagi perisa di dalamnya.