Menang Piala Super Saudi, Neymar Troll Diri Sendiri

Neymar sempat troll diri sendiri selepas mengutip medal kejuaraan Piala Super Saudi. Di mana Al Hilal menewaskan musuh tradisi Al Ittihad 4-1.

Malcom mencetak 2 gol dalam perlawanan ini, sementara 2 lagi gol menerusi Salem Aldawsari dan Nasser Aldawsari.

Gol saguhati Al Ittihad dijaringkan oleh Abderrazak Hamdallah pada minit ke-21.

Neymar tidak berada dalam kesebelasan utama mahupun di bangku simpanan. Kerana masih menjalani pemulihan daripada kecederaan.

Pemain itu dilihat semakin hampir untuk pulih. Walaupun dia dijangka tidak dapat beraksi pada baki musim ini.

Neymar berada di tempat duduk VIP menyaksikan rakan rakannya beraksi.

Selepas memenangi Piala Super Saudi, Neymar memuat naik di media sosialnya berkata: “Ianya seperti kamu di sekolah dulu. Pelajar pelajar lain buat kerja berkumpulan. Dan kamu pula datang untuk ambil gred keputusan sahaja.”

“Just like in school, your group does the work and you collect the grade”- Neymar after winning Saudi Super Cup with Al Hilal
byu/BlueLabel19 insoccer

Ramai yang geli hati melihat video Neymar itu. Sambil mengucapkan tahniah kepadanya di atas kejayaan bersama dengan pasukan baharunya itu.

Ada juga yang menulis, Neymar seorang yang sangat santai, sebelum orang lain troll dia, dia dah troll diri sendiri.

Neymar baru baru ini memuat naik video menunjukkan dia benar benar berusaha untuk cergas semula.

Neymar sudah memberikan ikrar tentang komitmennya kepada pasukan Al Hilal. Menepis dakwaan bahawa dia tidak bersungguh sungguh untuk kembali beraksi semula bersama kelab itu.

Neymar merupakan antara penerima gaji tertinggi di Arab Saudi. Dia adalah pemain yang menjadi pembelian termahal dalam sejarah Liga Pro Saudi. Di mana Al Hilal membayar €90 juta kepada PSG untuk mendapatkan khidmatnya.

Baca yang lain