Berita yang korang dengar hari ini pastilah panggilan Afiq Fazail ke kem kebangsaan.
So aku nak buat sedikit ulasan ringkas tentang si Afiq Fazail ni.
Afiq ni bukan tipikal DM yang roburst ataupun klasik. Beliau adalah destroyer. Apabila dia melakukan tackle, kau akan expect dia akan buat bentesan gegabah – bak kata orang Astro.
1. Game reader
Kekuatan utama Afiq ini adalah game reading dia yang baik. Dia kerap meletakkan dirinya di posisi yang tepat untuk menerima bola dan juga mengekang bola.
Dalam sistem JDT yang ada, beliau bukanlah ‘heart of the midfield’ jika ada Hariss Harun. Kecuali Hariss tak ada baru dia akan ambik peranan tu sebagai no.6.
Afiq menajamkan aspek tu sebab dia tahu dia bukan pemain yang boleh bercah keting dengan pemain lain.
2. Pemain tengah CM sebenar
Afiq ni sesuai kau nak buat double pivot. Dalam sistem JDT dia bukan pivot kalau si Hariss ada. Dia di atas sikit. Nak kata box to box pun bukan.
Posisi dia sama macam Fabregas. Pure CM kalau dia bermain dalam sistem yang bukan pivot kembar. Ada orang cakap mereka ni pure no.4. Macam Fabregas.
Aku bukan kata dia ni ability macam Fabregas, aku cerita tentang type of player.
3. Mobiliti
Kelemahan si Afiq ni pada mobiliti. Sebab tu permainan dia sangat bergantung kepada hantaran.
Dia bukan pemain yang akan bawa bola naik ke atas dengan larian deras.
Oleh itu, penerima bola juga penting. Jika Afiq boleh membentuk link yang baik dengan barisa hadapan dan di mana-mana bahagian dengan hantarannya, beliau akan bermain dengan prestasi optimum.
Jika link itu hilang, anda akan melihat Afiq menjelma sebagai pemantau padang.
4. Ketenangan dan visi
Ini perkara yang saya anggap kekuatan penting dia. Pemain yang sangat composure.
Dia tak mudah panik dengan pressing daripada lawan.
Korang baca ulasan ni pun dah cukup kalau nak cerita pasal benda ni.
5. Sistem Malaysia
Tan Cheng Hoe gemar menggunakan double pivot untuk 4-2-3-1 ataupun 4-4-1-1.
Tiada masalah pun si Afiq ni bermain double pivot. Kerana dia lebih selesa untuk bermain double pivot jika jurulatih nak dia main di kawasan lebih bawah.
Rumusan
Itu sahajalah nak digariskan hari ini. Dan tahniah kepada Afiq Fazail. Tiada siapa yang boleh mempertikaikan sama ada kamu layak dipanggil atau tidak.
Beliau menjadi pemain penting JDT musim ini yang hilang sentuhan Natxo Insa. Seterusnya beliau pemain penting JDT dalam kempen ACL 2019. Itu CV yang sangat kuat.
Harap buat yang terbaik di kem Malaysia. Orang kata, ianya different ball game.