Mendes Tawarkan Asensio Kepada Barcelona Secara Percuma Dan Dapat Respon Positif

Barcelona dilaporkan berminat dengan idea untuk mendapatkan pemain daripada kelab musuh tradisi mereka, Marco Asensio.

Asensio merupakan pemain yang bukan pemain kesebelasan utama di Real Madrid di bawah kendalian Carlo Ancelotti.

Dia banyak memanaskan bangku simpanan untuk Los Blancos dalam beberapa musim ini. Asensio malah pernah menunjukkan kekecewaannya kerana berterusan tidak digunakan di bangku simpanan.

Ancelotti ketika ini sudah memiliki pilihannya tersendiri untuk barisan tengah dan serangan.

Asensio bukanlah nama yang berada dalam senarai pilihan utama. Dan seringkali tercicir sebagai pilihan kedua sekalipun.

Ianya membuatkan ramai yang menjangkakan pemain itu akan meninggalkan Real Madrid selepas tamat musim ini.

Pemain antarabangsa Sepanyol, Marco Asensio boleh pergi secara percuma jika tidak mencapai kesepakatan baharu dengan Real Madrid.

Ini kerana kontraknya dengan juara Eropah 14 kali itu akan berakhir pada musim panas 2023.

Dia kini bebas bercakap dengan mana mana pasukan memandangkan sudah memasuki 6 bulan terakhir dalam kontraknya.

Real Madrid sebenarnya masih mahu mengekalkan Asensio dan telah menawarkan kontrak baharu, namun pemain itu percaya tawaran itu masih terlalu rendah dan tidak sepadan dengan apa yang dimahukannya.

Real Madrid pula percaya mereka sudah menawarkan kontrak terbaik untuk pemain yang dianggap sebagai penampung squad depth.

Barcelona mahu membawa Asensio ke Nou Camp. Lebih lebih lagi dia adalah pemain yang boleh ditandatangani secara percuma.

Ianya menepati polisi perpindahan Barcelona dalam beberapa musim ini untuk mencari pemain ejen bebas dengan kualiti yang baik.

Barcelona malah memiliki hubungan sangat baik dengan ejen baharu pemain itu iaitu Jorge Mendes.

Mendes mulai menjadi ejen Asensio menggantikan Horacio Gaggioli.

Menurut laporan terbaru Sport English, Mendes juga mula menawarkan Asensio kepada pelbagai kelab, termasuk Barcelona, ​​​​kelab yang berpangkalan di Camp Nou itu dikatakan tidak menolak untuk merekrut, lebih-lebih lagi mereka tidak perlu mengeluarkan wang.

Barca sendiri sudah menghubungi semula Mendes untuk membincangkan perkara itu. Maka akan ada rundingan lanjutan antara pihak Marco Asensio yang diwakili Mendes dengan Barcelona.

Masih tidak diketahui apakah keputusan yang akan dibuat oleh Marco Asensio berhubung masa depannya, memandangkan selain Barca, pemain berusia 27 tahun itu turut didakwa termasuk dalam rancangan perbelanjaan Liverpool dan Arsenal.

Beberapa minggu lalu, laporan dari Sepanyol menyebut bahawa Asensio sudah mengarahkan ejennya untuk segera mencari kelab baharunya. Dia sudah tidak ada hati lagi untuk bermain dengan Real Madrid.

Lebih lebih lagi dia mahu menjamin tempatnya dalam skuad kebangsaan

Namun pastinya perpindahan ke Barcelona tidak akan disukai peminat Real Madrid. Kerana ianya perpindahan ke musuh tradisi mereka.

Asensio antara pemain yang memiliki legasi tersendiri bersama Los Blancos.