Mendonia: Media Antarabangsa Independent UK Tulis Kisah Nama Stadium FFIRA MIKAH

Bukan senang nak mendapatkan perhatian media antarabangsa. Namun Pegawai Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor  telah melakukan perkara di luar jangkaan.

Membawa nama Malaysia dan Padang Terap sehingga ke UK.

The Independent merupakan media arus perdana di UK dan sangat berpengaruh di seluruh dunia.

Mereka menulis tentang kisah bagaimana nama stadium FFIRA MIKAH sebenarnya daripada bahasa Sepanyol ataupun Greek.

Dipetik daripada artikel: Malaysian official who renamed stadium denies title is his name backwards, insists it is ‘Spanish or Greek’, menyatakan:

Seorang pegawai kerajaan di Malaysia yang bertanggungjawab menamakan semula nama stadium, yang merupakan ejaan namanya terbalik, sebenarnya menyatakan ia adalah gabungan bahasa Arab dengan Sepanyol atau Greek.

Hakim Ariff Md Noor, Pegawai Daerah di negeri Kedah, berkata, nama baru stadium Ffira Mikah hanyalah kebetulan sama ejaan dengan ejaan namanya terbalik.

Independent menambah: “Beliau (Hakim Ariff) menyatakan bahawa nama stadium ini akan diubah sekali lagi untuk mengelakkan tuduhan tidak berasas ke atas beliau.

Ffira Mikah bukan nama saya – Tuan DO

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor tampil memberikan penjelasan tentang nama Stadium FFIRA MIKAH yang menjadi kecaman netizen.

Hakim Ariff menyatakan bahawa nama stadium itu langsung tiada kaitan dengan namanya. Dan secara kebetulan sahaja, ejaan itu kalau diterbalikkan menjadi ejaan namanya.

Sinar Harian membuat temu ramah eksklusif dengan Hakim Ariff. Dan tuan DO itu berkata kepada portal tersebut:

“Tiada kena mengena dengan nama saya. Nama stadium mini ini mempunyai maksud tersirat. Nama itu dipilih dan dicadangkan dalam mesyuarat pentadbiran.”

Beliau kemudian menegaskan nama Ffira adalah membawa maksud sesuatu yang hebat dalam bahasa Greek / Sepanyol. Manakala Mikah sempena nama malaikat dalam bahasa Arab.

“Dalam bahasa Sepanyol atau Greek, ‘Ffira’ bermaksud sesuatu yang hebat, manakala ‘Mikah’ dalam bahasa Arab sempena nama malaikat,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau menyatakan, penjenamaan semula stadium mini itu adalah untuk menyuntik semangat baru. Dan beliau menafikan sekerasnya dakwaan bahawa dia gila glamor

“Saya bukan nak kejar glamor. Hasrat saya mahu Padang Terap nampak lebih bersih, cantik dan ceria. Saya tak mahu daerah ini kekal macam dahulu, mereka tak tahu cerita sebenar dan buat andaian begitu,” katanya.

Hakim Ariff berkata beliau berjaya meminta dana RM200k daripada kerajaan negeri untuk menaik taraf stadium tersebut. Di mana sebelum ini kondisinya amat daif.

Akhir sekali beliau menyatakan papan tanda nama Stadium Ffira Mikah akan diturunkan kalau orang ramai masih tak suka dengan nama itu.

“Selepas ini, ia akan dikenali sebagai Stadium Mini Kuala Nerang dan kita akan turunkan papan nama yang mengundang kontroversi itu,” katanya lagi.

Laporan sebelum ini: Netizen penuh kekeliruan nama FFIRA MIKAH disyaki anagram nama tuan DO – HAKIM ARIFF

Sebelum ini Netizen merasa pelik apabila KN Kiara Football Club mengumumkan bahawa nama stadium Kuala Nerang kepada anagram dengan ejaan nama pegawai daerah mereka.

Sebelum KN Kiara FC menyatakan:

“Perbincangan antara KN KIARA FOOTBALL CLUB dengan Pihak MDPT & Pejabat Belia dan Sukan Padang Terap… berkaitan Pengurusan MINI STADIUM KUALA NERANG..”

“Secara lisan pihak KN KIARA FOOTBALL CLUB bersetuju untuk ambil alih Pengurusan Mini Stadium Kuala Nerang bagi menjalankan pelbagai aktiviti pembangunan bola sepak akar umbi khusnya bagi Daerah Padang Terap.”

“InsyaAllah pihak Kelab Bolasepak KN Kiara sedaya upaya berusaha akan mewujudkan satu ekosistem pembangunan bola sepak bawah 12 tahun yang sistematik dan menyeluruh untuk memberi peluang pemain-pemain luar bandar mendapat latihan dan pendedahan ke arah meningkatkan kualiti pemain dalam memartabatkan sukan bola sepak di Daerah Padang Terap Khususnya.”

Dan pada 30 November, nama stadium Kuala Nerang ditukar kepada Mini Stadoum FFIRA MIKAH yang dipercayai anagram nama Hakim Ariff.

Pada 7 Disember KN Kiara FC mengumumkan bahawa mereka menerima penyerahan Stadium Mini FFIRA MIKAH.

Kenyataan dibaca:

“Penyerahan dari Pihak MDPT kepada pihak KN KIARA FOOTBALL CLUB yang disempurnakan oleh Haji Hakim Ariff bin Md Nor AMK., BCK. Pegawai Daerah Padang Terap, merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap.”

Pengumumn itu mendapat reaksi bercampur baur daripada peminat.

Ada yang mempersoalkan kenapa tukar nama stadium mini awam itu kepada nama individu? Adakah tuan DO (Pegawai Daerah) merupakan orang yang bertanggungjawab membina stadium itu.

Netizen menyatakan, tidak perlu Majlis Daerah cuba menertebalikkan nama Pegawai Daerah, lebih baik eja dengan betul dan terang.

Ada juga menganggap tindakan itu tak ubah seperti budak wicet sedang bercinta.

 

Baca yang lain