Mendy Kini Satu Penjara Dengan Perogol Lelaki Prolifik Dari Indonesia

Pemain Manchester City Benjamin Mendy diam-diam dipindahkan ke salah satu penjara paling ganas di UK selepas kebimbangan mengenai keselamatannya, menurut laporan.

Sebelum ini Mendy mempertikaikan kenapa dia tidak diletakkan di lokap VIP ketika dipenjara di HMP Altcourse di Liverpool.

Pemain Manchester City, Benjamin Mendy disabitkan dengan beberapa pertuduhan memperkosa. Dan dia  disumbat ke dalam penjara yang dianggap antara yang paling ganas.

Penjara tersebut adalah penjara HMP Altcourse, di Liverpool yang diletakkan dalam kategori B. Dianggap sebagai salah satu penjara paling digeruni kerana sangat brutal.

Penjara tersebut dilaporkan mencatatkan puratan kes serangan di kalangan banduan dalam sebulan. Terdapat 338 kes serangan pada tahun ini berlaku walaupun banduan – banduan ini dipisahkan menerusi polisi penjarakan sosial kerana pandemik.

35 daripada insiden tersebut merupakan serangan dan pergaduhan yang melibatkan senjata. Di mana banduan banduan tersebut membuat sendiri sejata.

Seorang banduan menghasilkan senjata dengan menggunakan berus gigi yang diasah dan menyerang banduan lain. Akibatnya, dia ditambah 10 bulan lagi hukuman penjara.

Bagi zon VIP, banduan di situ akan menikmati banyak keistimewaan dan lebih selesa. Ini termasuk fasiliti sukan, tempat untuk bersidai bawah matahari dan memancing.

Bukan itu sahaja, mereka juga difahamkan dibekalkan dengan kelengkapan hiburan dan rekreasi yang lain termasuk PS5.

Malangnya, Mendy akan diletakkan di cell biasa. Sebagai tambahan, walaupun berada di zon VIP sekalipun, tetap banyak kes serangan yang berlaku di sana.

Menurut Independent UK, penjara tersebut kini dihuni 1113 orang banduan dengan 29 kes serangan dilaporkan setiap bulan.

Akibat kes serangan yang serius serta penyeludupan dadah yang berleluasa ke dalam penjara tersebut, maka kerajaan mengumumkan bahawa penjara tersebut akan dilengkapi AI untuk membantu warden memantau keselamatan di dalam penjara tersebut.

Benjamin Mendy merupakan pemain antarabangsa pasukan Perancis dan sebahagian daripada pemain yang memenangi Piala Dunia 2018.

Mendy menyertai Manchester City pada 2017 dengan yuran perpindahan £52 juta. Dia hanya bermain 75 kali untuk Man City.

Beraksi cemerlang pada musim awal dia menyertai Man City. Namun kemudian kehilangan tempatnya dalam kesebelasan utama kerana krisis prestasi dan juga beberapa siri kecederaan yang melandanya.

Mendy digantung oleh kelab pada Ogos lalu kerana siasatan kes rogol ke atasnya.

Mendy sebelum ini menafikan kesemua pertuduhan ke atasnya. Namun pendakwaraya yakin bahawa mereka memiliki bukti kukuh untuk mendakwa Mendy.

Mendy dilaporkan agak kecewa kerana tidak ditempatkan di penjara VIP Wing yang dikhaskan untuk orang kenamaan termasuk selebriti.

Dia meminta untuk ditukarkan ke penjara lain atas alasan keselamatan. Dan dia akhirnya dipindahkan ke sebuah penjara di Manchester.

Mendy satu penjara dengan Reynhard

Jika sebelum ini Mendy mengamuk tidak dapat layanan VIP di HM Altcourse, kini nasibnya lebih teruk. Mendy berdepan beberapa lagi pertuduhan tambahan. Dan dia dipindahkan ke penjara yang jaug lebih teruk dan ganas iaitu penjara Strangeways sebelum Krismas.

Mendy telah dipindahkan ke Strangeways, secara rasmi dikenali sebagai HMP Manchester, kerana kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatannya.

Strangeways ialah penjara dengan keselamatan tertinggi dan sebelum ini menjadi tuan rumah pembunuh bersiri terkenal Harold Shipman dan perogol bersiri Manchester yang berasal dari  Indonesia Reynhard Sinaga.

Mendy dipindahkan Strangeways pada 23 Disember. Menurut laporan di UK, Mendy pastinya akan sedar betapa teruknya penjara baharunya nanti berbanding Altcourse. Lebih lebih lagi dia merupakan pemain Manchester City.

Rata rata banduan yang menyokong Man United sudah sedia menyusahkan Mendy. Mereka sudah merancang untuk menjerit namanya agar dia tak dapat tidur.

Sumber tersebut berkata: “Ia adalah salah satu penjara yang paling sukar di negara ini. Masalahnya yang lain ialah jumlah penyokong Man United di sana.”

“Mereka akan menjerit namanya selama berminggu-minggu supaya dia tidak akan tidur lena, terutamanya kerana dia didakwa atas kesalahan seksual.”

“Terdapat ramai peminat juga peminat City di sana juga, tetapi penyokong paling setia pun akan berfikir dua tiga kali nak melindungi pesalah seksual seperti dia.”

Kini Mendy akan sepenjara dengan Reynhard Sinaga yang sebelum ini mengejutkan dunia dengan kes rogol lelaki yang dianggap paling teruk dalam sejarah UK.

BACA JUGA: Ayah Reynhard Sinaga Anggap Hukuman Ke Atas Anaknya Setimpal Dengan Jenayahnya

Korang ingat lagi kes perogol bersiri, Reynhard Sinaga yang menggemparkan dunia baru – baru ini?

Sinaga merupakan sex predator yang telah merogol ramai lelaki. Dia sudah dijatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 30 tahun di atas kesalahannya itu.

Ayah Reynhard menyifatkan hukuman ke atas anaknya sebagai adil dan setimpal dengan jenayah yang telah dilakukannga.

Reynhard diiktiraf sebagai perogol bersiri paling prolifik di dalam sejarah Britain.

Ayahnya, Saibun Sinaga berkata kepada BBC: “Kami menerima hukumannya. Hukuman itu setimpal dengan jenayah yang dia buat. Saya enggan berbicara lebih lanjut tentang perkara ini.”

Polis menganggarkan seramai 190 mangsa yang sudah menjadi korban nafsunya Reynhard Sinaga. Dan percaya ramai lagi tak diketahui identitinya.

Reynhard Sinaga didapati bersalah dalam 48 kesalahan membawa lelaki dari kelab malam ke rumahnya di Montana House, Princess Street, dan memperkosa mereka.

Modus operandi Reynhard adalah dengan memberikan mangsanya dadah, kemudian memperkosa serta, merakam aksi tersebut. Dia ada kegilaan merakam dirinya sendiri.

Biasanya dia akan mengajak lelaki lelaki ini minum dahulu sikit sikit sebelum masuk tidur. Orang ingat dia ikhlas nak tumpangkan rumah. Sebab rumahnya dekat dengan kelab.

Polis ada bukti yang cukup untuk mendakwa lelaki berusia 36 tahun itu.

Penghakiman menolak hukuman mati. Sebaliknya meminta Sinaga menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya 30 tahun.

Reynhard Sinaga,  yang berasal dari Jambi, Indonesia dihukum penjara seumur hidup oleh pengadilan di Manchester.

Dia melakukan kesalahan dari Januari 2015 hingga Jun 2017.

Rakaman CCTV antara yang menjadi bahan bukti. Di mana Reynhard seringkali keluar daripada rumah pangsanya setiap malam untuk mencari mangsa.

Sinaga dalam keadaan bersedia memburu mangsa

Dia akan pulang dengan membawa lelaki dalam keadaan mabuk dan khayal. Mangsa dia berusia sekitar 17 sehingga 30 tahun.

Laporan oleh BBC menyatakan, kebanyakan mangsanya dalam keadaan berdengkur ketika dirakamnya.

Dia mulai kantoi, apabila cubaannya untuk membius seorang mangsa tak menjadi. Mangsanya itu telah bertindak memukul Reynhard sehingga dia tak sedarkan diri.

Lelaki itu membuat laporan polis dan kes itu terbongkar. Ini kes yang sangat menggemparkan dunia.

Sinaga masuk hospital dan di situ, polis membuka telefonnya dan menemui banyak benda kurang senonoh.

Reynhard Sinaga adalah bekas graduan. Hasil daripada siasatan setakat ini, 136 daripada serangan seksual dilakukan Sinaga ini adalah rogol, 14 dikira cabul, dan satu lagi adalah serangan dengan memasukkan kelaminya.

Hakim Suzanne Goddard, melabel Sinaga ni bukan Si Naga tetapi Syaitan dan binatang buas gila seks dan memburu mangsa di kalangan lelaki.

Lelaki yang menjadi mangsanya adalah lelaki yang baik dan hanya mahu menikmati ‘good night’ dengan kawan-kawan. Tetapi Sinaga memberikan mereka mimpi ngeri.

Lalu hakim menyatakan, Sinaga tidak boleh sama sekali dibenarkan berada di luar, dan perlu dipenjara. Hakim sudah menetapkan agar Sinaga dipenjara seumur hidup.

Kalau pun dia keluar suatu hari nanti, itu keputusan Jabatan Parol.

Cara dia melakukan aktiviti tak bermaruah itu sangat kejam sampai melibatkan bius agar mangsanya tidak tahu dan lupa apa yang telah berlaku.

Ramai yang ingat dia ni bukan binatang, kau tengok dia lari pun kepit.

Sinaga mempertahankan tindakannya dengan menyatakan semua hubungannya dengan lelaki dan aktiviti rakaman itu adalah atas dasar suka sama suka.

Dan dia memberitahu, yang tidur itu sebenarnya pura-pura tidur untuk rakaman.

Hakim mendapati hujah Sinaga adalah lemah. Malah polis menemui GHB yang merupakan dadah popular digunakan untuk melemahkan mangsa rogol.

Salah seorang mangsa Sinaga tampil di mahkamah dan menyifatkan Sinaga telah menghancurkan sebahagian hidupnya. Beliau berharap binatang macam dia ni tak akan keluar dari penjara dan dihumban ke neraka.”

“Saya sampai trauma dan tak dapat bangun serta malu nak keluar untuk hari tersebut.”

Ada ramai lagi mangsanya mengalami kesan trauma yang kuat termasuk gangguan mental. Dan ada yang merancang untuk membunuh diri.

Lalu Hakim Goddard menambah satu lagi gelaran kepada Sinaga iatu raksasa.