Benjamin Mendy mendedahkan ada ramai pemain Man City yang datang ke parti pergaulan bebas yang dianjurkannya ketika tempoh lockdown. Namun pemain itu merasakan bahawa kelab menjadikannya kambing hitam.
Mendy akui dia melanggar perintah lockdown. Dan dia telah mengabaikan soal risiko parti tersebut. Namun dia tak puas hati kerana pemain pemain lain termasuk kapten Man City yang turut berparti liar langsung tidak dikenakan tindakan oleh kelab.
Mendy berkata ke hadapan tribunal buruh: “Kami semua melakukan hubungan biasa dengan perempuan. Kami semua minum arak dan melanggar perintah kawalan pergerakan ketika covid 19.
“Saya bukan nak cari alasan untuk mempertahankan tindakan saya [jelas sekali ia memang salah], namun saya rasa Man City tak adil dan pilih kasih untuk menjadikan saya seorang sahaja sasaran dan pemain lain langsung tidak dikenakan tindakan. Saya kecewa dengan cara kelab mengendalikan perkara ini.
“Beza saya dengan pemain lain adalah, hanya saya yang dituduh secara palsu melakukan pemerkosaan dan dimalukan di hadapan umum.”
Tribunal kemudian mahukan Mendy mengesahkan semula nama nama pemain yang menghadiri parti seks anjurannya sepanjang malam di mana dia dituduh melakukan cubaan memperkosa itu.
Mereka ialah Riyad Mahrez, Jack Grealish, Kyle Walker, John Stones dan Raheem Sterling. Dan Mendy menjawab: “Saya boleh sahkan senarai itu betul. Kesemua pemain itu menghadiri parti yang dianjurkan yang membawa kepada pertuduhan ke atas saya.”
Dalam perkembangan yang berkaitan, Mendy menuntut tunggakan gajinya sebanyak £11 juta yang masih belum dibayar Man City sejak 2021. Di mana pemain itu menyatakan dia menjadi pokai kerana tidak dibayar oleh kelab. Membuatkan dia terpaksa meminta kawannya meminjamkannya wang.
Riyad Mahrez, Bernardo Silva dan Raheem Sterling bermurah hati membantunya dengan meminjamkannya wang.
Kelab itu masih terus membayar gaji Mendy selepas penahanan pertamanya pada November 2020, tetapi berhujah mereka tidak perlu berbuat demikian selepas dia didakwa kerana syarat jaminannya – salah satunya menghalangnya daripada menghampiri perkarangan stadium atau tempat latihan kelab – dan penggantungan Persatuan Bola Sepak [FA] bermakna dia tidak dapat melaksanakan tugas kontraknya.
Dokumen mahkamah menyatakan Mendy “sangat cepat kehabisan wang” dan terpaksa menjual rumah agamnya di Cheshire untuk menampung yuran guaman, bil dan bayaran nafkah anak selepas gajinya dibekukan kelab.
“Raheem Sterling, Bernardo Silva dan Riyad Mahrez semuanya meminjamkan wang kepada saya untuk membantu saya membayar yuran guaman dan menyara keluarga saya,” kata Mendy dalam kenyataan saksinya.
Pada November 2022, Mendy menghantar mesej Whatsapp kepada Omar Berrada, yang merupakan Ketua Pegawai Operasi Bola Sepak City dari September 2020 hingga Julai 2024, untuk bertanya bila dia akan menerima gaji tertunggak tetapi tidak menerima jawapan.
Ejen Mendy, Meissa N’Diaye, yang turut bercakap pada pendengaran kes itu, berkata pada 20 September 2021 dia bercakap dengan Berrada dan diberitahu “sebaik sahaja perbicaraan selesai Benjamin akan dibayar balik semua gaji yang telah digantung”.
Berrada, yang kini ketua eksekutif Manchester United, menafikan memberi jaminan apabila ditanya mengenai perkara ini pada pendengaran.
😲 Benjamin Mendy: “I struggled to pay my child support when Man City stopped paying me after being charged in 2021… I felt awful…”.
💙 “Raheem Sterling, Bernardo Silva and Riyad Mahrez all lent MONEY to help me try and pay my legal fees and support my family”. pic.twitter.com/T2sWUOWqrt
— Justin (@JustinUTD_) October 14, 2024