Menerusi IG, Kimpembe Dedah Terkejut Dilucutkan Jawatan Vice Captain Kini Milik Mbappe

Presnel Kimpembe menulis di Instagram bahawa dia tidak dimaklumkan kelab tentang perubahan pada captaincy.

Dengan Marquinhos yang cedera, Kimpembe mula mula ingat dia yang akan menjadi kapten.

Tetapi dia baru mendapat tahu bahawa sebenarnya Mbappe yang menjadi kapten.

Hal ini kerana Mbappe kini merupakan timbalan kapten.

Kimpembe hanya mendapat tahu perkara ini menerusi media sosial dan dari orang ramai. Dia membaca laporan tentang Galtier sudah membuat rombakan tentang perkara itu.

Kimpembe sebelum ini berehat panjang kerana kecederaan pada November.

Dia kembali beraksi dalam aksi Piala Perancis menentang Pays de Cassel, pasukan divisyen keenam Perancis.

Mbappe memakai lilitan kapten walaupun ada Kimpembe di atas padang.

Mbappe mencetak 5 gol dalam kemenangan 7-0 PSG.

Kimpembe kini menjadi timbalan kapten kedua, diikuti Verratti dan Sergio Ramos.

Pada Disember, terdapat laporan bahawa Kimpembe telah meletakkan jawatannya sebagai timbalan kapten. Namun pemain itu menafikan perkara itu.

Sebaliknya, kelab yang melucutkan jawatan timbalan kapten itu tanpa pengetahuannya.

Dia menjangkakan dia akan menggalas tugasan kapten sementara Marquinhos yang tersisih kerana kecederaan.

Namun itu tidak berlaku ketika ini, kerana Mbappe yang akan mengggalas tugasan itu.

Menulis di IG-nya, pemain PSG itu berkata: “Dalam beberapa jam ni baru saya terbaca dan mendengar banyak laporan tentang saya.”

“Saya di sini, nak bagi semua ni jelas ya, supaya dapat membendung masalah khabar angin yang berterusan tentang perkara ini.”

“Saya tidak dimaklumkan tentang keputusan ini [perlucutan jawatan], jadi informasi ini [bahawa Kimpembe sendiri letak jawatan] adalah tidak benar sama sekali.”

“Saya akan sentiasa menghormati keputusan kelab.”

Ada yang kurang selesa dengan cara Kimpembe ini yang menggunakan media sosial. Kerana menurut mereka perkara itu boleh diselesaikan secara dalaman.

Ianya adalah sedikit salah faham di dalam bilik persalinan, menurut seorang lagi peminat PSG.

Mereka juga menjangkakan perkara ini akan mengecewakan Mbappe yang digambarkan seperti gila kuasa la pulak kan.

Christophe Galtier pastinya tidak gembira dengan cara Kimpembe ini.

Seorang lagi menulis: “Mamat ni ingat dia sapa? Dia pun entah berbulan bulan cedera dan fikir dia layak memberikan komen macam ni?”

“Mbappe pemain terbaik kita sekarang dan impaknya lagi besar daripada Presko [Kimpembe]. Kimpembe malah tak bagus pun. Kalau rasa yang setuju dengan perkara ni, berambus je la mat oi. Kami tak kisah pun.”

Ada juga yang mengusik Kimpembe, adakah dia sedar bahawa Mbappe sudah lama menjadi Pengarah Besar di kelab itu?

Merujuk kepada kuasa Mbappe yang diberikaj kelab dalam projek sukan mereka dalam kontrak baharunya.

Baca yang lain