Mengejutkan! Audio Riqui Puiq Mengumpat Ferran Torres Tular: “Guardiola Pun Tak Pakai Dia”

Walaupun dianggap pemain muda yang berbakat besar,  namun Riqui Puig tidak pernah berjaya di Barcelona. Dia sebelum ini menjadi pemain yang tidak digemari oleh Ronald Koeman walaupun dianggap bakat prospek.

​​​​Puiq yang kini dalam proses untuk menyertai LA Galaxy dengan perjanjian tiga tahun, menjadi salah seorang pemain francais MLS. Bayangkan pemain yang pernah membuatkan Messi kagum itu kini terpaksa beraksi di liga Amerika Syarikat pada usianya yang sangat muda.

Semasa berada di Catalonia, terdapat banyak spekulasi tentang mengapa jurulatih tidak pernah mahu memberikannya minit biasa. Jelas terdapat beberapa kelemahana dalam permainannya, iaitu ketika proses bertahan.

Namun peminat Barca masih menganggap dia adalah bakat muda yang harus digilap lagi. Dan kini ramai peminat mulai berpaling tadah. Mereka menganggap Puig sebenarnya ada masalah disiplin. Kalau takat kelemahan bertahan itu, ianya boleh dibangunkan lagi kerana dia masih muda.

Sebelum ini sudah ada laporan menyebut bahawa Puig ada masalah di bilik persalinan. Dia suka mengumpat dan memecahkan bilik persalinan.

Nah, nampaknya mungkin ada kebenaran untuk teori epal buruk sebelum ini tentang Puig.

Joan Fontes telah tampil memuat naik beberapa klip suara yang dirakan ketika Riqui mengambil kelas memandu pada bulan Februari tahun ini.

Dia kedengaran sangat biadap dan mengumpat rakan sepasukannya yang lebih senior. Pemain antarabangsa Sepanyol iaitu Ferran Torres.

Dia memperlekehkan pemain itu sebagai pemain yang tak bagus pun. Buktinya, Guardiola sendiri tak nak pakai pemain itu.

Ferran Torres berkata: “Malah Guardiola tidak mahukan dia bang oiii. Mamat tu cuma bermain 12 perlawanan tahun lalu.”

Guardiola sebelum ini pernah menjelaskan bahawa Ferran Torres merupakan pemain pentingnya. Dan dia tak nak melepaskan pemain itu. Namun Guardiola ada polisi tak nak menghalang pemain yang mahu berpindah. Torres mendesak perpindahan ke Barcelona, yang Guardiola anggap dia faham.

“Kami cuma Manchester City, apabila kelab seperti Barcelona atau Real Madrid datang mahukan pemain anda, maka pemain akan tertarik untuk ke sana.”

Seterusnya Guardiola jarang menggunakan Torres pada musim terakhirnya kerana pemain itu bergelut dengan masalah kecederaan.

Selanjutnya, Riqui juga kedengaran bercakap tentang masa depannya sendiri di kelab itu, kerana dia menjelaskan mengapa dia masih tidak mahu pergi pergi. Dia memang mendakwa mendapat tawaran daripada dua pihak atasan.

“Saya ada tawaran daripada Chelsea dan Milan. Saya tidak pergi kerana saya baik baik sahaja di sini di Barcelona. Mereka membayar kamu dua kali ganda wang, tetapi kamu akan kesepian di sana,” katanya yang selesa di Barca kerana meriah ada kawan kawan.

Dan kini dia terpaksa meninggalkan Barca, kerana Xavi pun tak begitu berkenan dengan pemain itu. Dengan tertularnya rakaman audio tersebut, pastinya Xavi merasakan bahawa tindakan menjual Puig adalah tepat.

Terdapat juga klip audio di mana dia bercakap tentang pemergian Lionel Messi dari Barcelona, ​​​​tetapi jelas sekali dia tidak berani memburuk-burukkannya.

Dia malah faham kenapa Messi menangis teresak esak ketika majlis perpisahan dengan pasukan.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari