Ianya mungkin salah satu cara yang sangat mengejutkan diambil kelab seperti Bayern. Di mana mereka memutuskan untuk tak jadi menandatangani semula Jerome Boateng kerana mendapat banyak kritikan daripada peminat mereka di media sosial.
Berdekad lalu, Arsene Wenger pernah menyatakan bahawa suatu hari nanti, kelab mungkin akan membeli atau memilih kesebelasan utama berdasarkan undian peminat mereka. Dan hakikatnya, pada Boateng situasi itu berlaku.
Jerome Boateng sudah pun tiba di Bayern dan menjalani latihan bersama kelab itu. Tuchel mahu mendapatkannya sebagai ejen bebas untuk menjadi back up kepada pertahanan tengah pasukan itu dalam usaha mereka bersaing dalam UCL terutamanya.
Bayern berdepan dengan krisis kecederaan yang teruk di barisan pertahanan mereka. Malangnya, penyokong bawang Bayern telah menutup peluang itu. Mereka menganggap Boateng sebagai dah terlalu tua dan lembik. Lebih baik serapkan sahaja pemain akademi.
Let's go, good work by the fans and good decision by the club
โ FlyGod โฝ๏ธ๐ (@xFlyGod) October 6, 2023
Kelab pula akur dengan kemarahan peminat dan membatalkan rundingan itu. Satu kenyataan rasmi dibuat menyatakan bahawa kelab tak jadi sign Boateng atas alasan, beberapa bek tengah mereka sudah boleh beraksi.
Boateng sangat kecewa dengan keadaan itu. Kerana rundingan sudah pun dibuat dengan kelab dan dia diberitahu perpindahan itu akan ditentukan oleh aspek kesukanan. Boateng dilaporkan sudah melepasi tahap fizikal yang dimahukan. Seterusnya Thomas Tuchel juga sangat berminat mahu mendapatkan Boateng. Tetapi kelab menentang keputusan Tuchel.
Jรฉrรดme Boateng is very disappointed with the club because they initially clearly communicated to him that a move would only depend on the sporting aspect. Tuchel wanted him, but the club's bosses decided against. Club statement expected later this evening [@kerry_hau]
โ Bayern & Germany (@iMiaSanMia) October 6, 2023
Dalam kenyataan rasminya, Bayern berkata: โJerome Boateng tidak akan kembali semula ke skuad Bayern. Kelab telah membuat keputusan dan sudah memaklumkan kepada pemain itu. Hampir 2 minggu lalu, kesemua 4 bek tengah pasukan utama Bayern FC mengalami kecederaan selepas aksn di Preuben Munster. Selepas itu, kelab mendapati Jerome Boateng masih tidak ada kelab.โ
โDia dijemput untuk berlatih bersama dengan pasukan ini. Kemudian, kami dimaklumkan bahawa Dayot Upamecano dan Kim Min Jae sudah boleh beraksi tanpa kesakitan sekali lagi. Matthijs De Ligt juga dalam proses menuju pemulihan penuh. Jadi situasi pertahanan kita semakin membaik.โ
โDengan mengambil kira semua perkara itu, maka kelab sekarang tidak akan menandatangani Jerome Boateng. Pada masa yang sama, dia seorang pemain yang layak diberikan peluang untuk terus berlatih dan mengekalkan tahap kecergasannya di Bayern. Jerome Boateng dalam kondisi fizikal yang sangat baik.โ
๐ข๐ณ๐ณ๐ถ๐ฐ๐ถ๐ฎ๐น ๐๐ฎ๐๐ฒ๐ฟ๐ป ๐๐๐ฎ๐๐ฒ๐บ๐ฒ๐ป๐
Jรฉrรดme Boateng will not return to the FC Bayern squad.ย FC Bayern decided that on Friday and informed the former Bayern player.
Almost two weeks ago, all four centre-backs from FC Bayern's first team squad were injured for the cupโฆ pic.twitter.com/TLWqi7DCnT
โ Bayern & Germany (@iMiaSanMia) October 6, 2023
ย