Mengejutkan! Danny Simpson Dedah Clattenburg Mahu Leicester Menang EPL

Pemain Leicester, Danny Simpson bersama sama dengan pasukan mereka ketika kelab itu membuat kejutan menjadi juara EPL pada musim 2015/16.

Dan terbaru pemain itu membuat kenyataan yang mungkin akan memberikan masalah besar buat Clattenburg.

Mark Clattenburg merupakan bekas pengadil EPL. Dan pemain itu menyatakan Clattenburg pernah memutuskan untuk tidak melayangkan kad merah kepada pemain Leciester, kerana dia mahu Leicester menjuarai EPL musim itu.

Leicester pada masa itu diuruskan Claudio Ranieri. Dibarisi ramai pemain bintang yang meningkat naik. Antaranya, Riyad Mahrez, Ngolo Kante dan Jamie Vardy.

Musim itu mereka menewaskan Arsenal dalam perebutan EPL dengan kelebihan 10 mata dan 11 mata di atas Spurs.

Ianya dianggap sebagai salah satu peristiwa paling hebat dalam sejarah bola sepak.

Namun cerita Danny Simpson ini dianggap sebagai salah satu sisi gelap di sebalik keindahan tersebut.

Bercakap dalam podcast UndrTheCosh, Simpson mendedahkan satu peristiwa di mana Clattenburg berterus terang menyatakan bahawa dia mahu Leicester juara.

Simpson berkata: “Saya ingat lagi dengan Clanttenburg, wow!”

“Saya rasa dia patut melayangkan kad merah kepada seseorang.”

 

“Dia cakap lebih kurang macam ni kat saya: ‘Kawan, saya patut layangkan kad merah kepada [pemain dalam pasukan] kamu, tetapi [saya tak berbuat demikian kerana] saya mahukan kamu untuk memenanginya’.”

“Itu gila, memang gila, sumpah atas nama Tuhan.”

“Saya berpura pura tidak mendengarnya. Saya ketawa dengan kawan kawan saya kat dalam bilik persalinan.”

Ditanya siapakah pemain yang dimaksudkan Clattenburg, Danny Simpson merasakan iainya adalah Danny Drinkwater. Pemain penting Leicester dalam kempen ikonik mereka itu.

“Saya rasa Drinky [Drinkwater] kot,” jelas Danny Simpson.

“Dia sudah mendapat 1 kad kuning masa tu, dan ada satu kesalahan dia buat, sepatutnya dengan mudah dia mendapat kad kuning kedua. Clattenburg dengan mudah boleh membuang dia dari permainan, tetapi dia tak lakukannya.”

Komen Simpson itu mengundang banyak komen tidak berpuas hati. Mereka menuduh Clattenburg sebagai tidak amanah.

Ada juga yang menganggap memang EPL cuba mencipta naratif agar pasukan under dog menjadi juara. Misalnya, Leicester mendapat 19 penalti sepanjang musim itu.

Ada juga yang mendesak agar PGMOL melakukan sesuatu selepas komen daripada Danny Simpson ini. Kerana ia mencalarkan intergriti pengadil dan EPL.

Peminat Leicester turut kecewa dengan Danny Simpson. Kerana menurut mereka, pemain seperti Simpson seolah olah mahu mencari sensasi dan publisiti murahan semata mata.

Mereka mempersoalkan kenapa dia berkongsi cerita seperti itu kepada umum.

Baca yang lain