Mengejutkan, Di Mata Higuain, Messi Atau Ronaldo Tiada Dalam Senarai 3 Pemain Terbaik Ketika Ini

Gonzalo Higuain telah membuat kejutan apabila tidak menyenaraikan nama Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo ketika memilih tiga pemain teratasnya dalam bola sepak dunia hari ini.

Bekas penyerang Juventus dan Real Madrid, yang kini berada di Inter Miami di MLS, adalah salah seorang daripada kumpulan 13 pemain bertuah dapat merasa bermain bersama Messi dan Ronaldo.

Messi dan Ronaldo mewujudkan duopoli yang menguasai bola sepak Eropah selama lebih dari satu dekad, dengan sebelas Ballon d’Or menang di antara mereka.

Kedua dua pemain tersebut tidak ada tanda tanda mereka bakal kehilangan sentuhan di hadapan gol.

Kedua dua pemain juga menyatakan perseteruan peribadi di antara mereka antara faktor yang membantu mereka berada di tahap mereka sekarang ini.

Lionel Messi menganggap ia adalah perseteruan yang sangat sihat di antara beliau dan Ronaldo.

Tetapi walaupun kedua-duanya masih kuat hari ini ketika memasuki peringkat akhir karier mereka, Higuain menghilangkan nama duo itu dan sebaliknya memuji Robert Lewandowski, Karim Benzema dan Erling Haaland.

Higuain memberitahu ESPN: “Pada masa ini, bagi saya, yang terbaik adalah Lewandowski, Haaland dan Benzema. Karim telah lama berada di sana, di peringkat elit selama 12 tahun.”

“Lewandowski, di mana sahaja dia bermain, menjaringkan gol dan menang. Haaland adalah prospek masa depan yang bagus, dengan masa depan yang hebat.”

“Dia mengejutkan saya, dia adalah penyerang yang hebat.”

Higuain kemudian membincangkan beberapa pemain hebat lain dalam generasi ini tetapi mengatakan tidak ada yang mampu menghampiri kualiti legenda Brazil – Ronaldo Nazario, yang menjadi idolanya sejak kecil lagi.

Higuain malah menyebut nama pemain seperti Suarez, Cavani, David Villa dan Ibrahimovic dalam senarainya untuk membuat perbandingan. Tetap tidak menyebut Messi dan Ronaldo.

“Dalam sejarah kita memiliki Suárez, Lewandowski, Cavani, Benzema, David Villa, Ibrahimovic,” tambah Higuain.

“Dan yang terbaik, yang ironisnua, ada di puncak sana: Ronaldo (Nazario). Saya selalu mahu menjadi Ronaldo, saya selalu mahu menirunya.”

Ketika diminta tentang komen beliau tentang Messi, Higuain berkata: “Dia ajaib. Semuanya semulajadi. Dia dilahirkan dengan cara itu, ada dalam DNAnya, dia melakukan semuanya dengan mudah. ​”

“Perkara yang harus diperjuangkan oleh semua orang, Leo melakukannya secara semula jadi Itulah yang membuatnya unik.”

Higuain, yang mempunyai masa pinjaman dengan Chelsea dan AC Milan, beralih ke Amerika Syarikat dengan francais milik David Beckham – Inter Miami pada awal tahun ini.

Dia menjaringkan satu gol dalam sembilan penampilan setakat ini.

Baca yang lain