Mengejutkan, Hansi Flick Berdepan Risiko Hilang Jawatan

Hansi Flick membangkitkan semula Bayern Munich musim lalu. Dan beliau membantu kelab menamatkan musim sebagai juara treble di sebalik permulaan penuh sukar.

Namun situasinya di kelab Bavaria itu tidak seindah disangka. BILD melaporkan bahawa Flick tidak sehaluan dengan Pengarah Sukan, Hasan Salihamidzic.

Segalanya bermula apabaila Flick dilaporkan mahukan kuasa lebih banyak walaupun bukan total dalam perpindahan pemain.

Perkara itu tidak direstui oleh Salihamidzic  yang ketika ini menjadi penentu keputusan dalam perpindahan.

Lebih mengeruhkan keadaan Flick kecewa apabila beberapa pemain tidak dilanjutkan kontrak dan tidak ada pengganti.

Misalnya melepaskan Thiago Alcantara ke Liverpool. Dan selepas itu konflik dengan David Alaba di antara pengurusan tertinggi dengan pemain tersebut.

Pengurusan Salihamidzic secara terbuka menyatakan bahawa ejen kepada David Alaba meminta gaji terlalu tinggi dan menganggap pemain itu tidak berminat untuk melanjutkan kontraknya.

Perkara itu membuatkan Alaba terpaksa tampil membuat kenyataan media. Dan beliau menafikan meminta kenaikan terlalu tinggi. Cuma sudah menjadi kebiasaan bagi mana mana pemain berunding dengan kelab secara teliti.

Flick kemudian menyenaraikan beberapa pemain yang beliau mahukan seramai 4 atau 5 muka baru.

Malang sekali beliau tidak mendapat apa yang beliau mahukan.

Flick menegaskan bahawa beliau akan terus melayan pemain yang ada dalam pasukan sebagai sama. Perkara itu kurang menyenangkan Salihamidzic apabila Flick berterusan memberikan Alaba dan Boateng sebagai pilihan utama. Sedangkan dua pemain tersebut berpotensi keluar daripada kelab.

Bagi Flick beliau cuma menjalankan tugasnya dan memilih pemain berdasarkan merit. Salihamidzic mahu  Flick menggunakan Lucas Hernandez sebagai pemain utama atas faktor pemain itu dibeli mahal.

Salihamidzic menafikan campur tangan dalam pemilihan pasukan oleh jurulatih. Dan beliau memberikan jaminan Flick memilih pasukan dengan kuasa yang ada padanya 100%.

Seterusnya BILD melaporkan bahawa Flick risau tidak akan dapat berinteraksi dengan lebih pantas dengan pihak atasan selepas Karl-Heinz Rummenigge meninggalkan jawatan CEO pada akhir tahun ini.

Namun masalah utama Flick adalah Hasan Salihamidzic berkaitan dengan polisi perpindahan pemain.

Walaubagaimanapun, Flick seboleh bolehnya tidak mahu meninggalkan jawatannya. Cuma, konflik dengan Salihamidzic kalau berterusan akan membuatkan beliau hilang kepercayaan daripada Pengarah Sukan tersebut.

Selain itu, Flick mungkin juga akan mempertimbangkan untuk keluar dari Bayern untuk pasukan kebangsaan. Dilaporkan Flick antara calon utama menggantikan Joachim Low.

Flick bersama Low membawa Jerman memenangi Piala Dunia 2014.

Flick sebelum ini pernah menjadi pembantu kepada Low di pasukan kebangsaan. Low kemungkinan akan melepaskan jawatannya selepas Euro.

Flick sudah pastinya memiliki banyak peluang lain selepas apa yang beliau lakukan musim lalu. Termasuk tawaran dari Liga Perdana Inggeris, Sepanyol dan sebagainya.

Namun BILD percaya, Flick akan tertarik dengan tawaran daripada pasukan kebangsaan Jerman, jika ianya tiba.

Koresponden Bavarian Football, Florian Platternberg mengakui hubungan Flick dan Salihamidzic agak tegang namun kedua dua mereka kekal profesional. Dan beliau menegaskan perkara yang sama.

Konflik berlaku dalam perbezaan pandangan tentang beberapa perkara terutama sekali melibatkan valuasi pemain. Namun Florian menegaskan Flick masih mahu mempertahankan kedudukannya.

Terbaru Salihamidzic menafikan beliau tidak sehaluan dengan Flick. Dan pada masa yang sama memberikan komen tentang pemain bek tengah yang dimahukan Flick iaitu Upamecano.

Di mana beliau menyatakan mereka sedang berusaha.

 

Baca yang lain