Mengejutkan! Ingatkan Orang Samun Kabel Dan Mikrofon, Rupanya AFCON Tak Bayar Sewa

AFCON 2021 terus dengan cerita cerita menarik sama seperti edisi sebelum ini. Daripada insiden pengadil meniup wisel sebelum masa penuh sebanyak 2 kali, sehinggalah ke insiden pemain tak ada penjaga gol dan terpaksa menggunakan fullback, serta banyak lagi.

Terbaru, dalam satu sidang media sebelum perlawanan antara Burkina Faso dan juga Tunisia, sesi tersebut dikejutkan dengan seorang lelaki yang naik ke pentas dan merampas semua peralatan mikrofon.

Dia kemudian melarikan diri dari tempat kejadian. Petugas di situ mengejarnya dan menangkapnya kerana dituduh mencuri dan menyamun peralatan elektronik penganjur.

Tetapi selepas siasatan, rupa rupanya lelaki tersebut merupakan dari syarikat yang menyediakan perkhidmatan audio untuk sidang media. Dia mengambil peralatan tersebut kerana pihak AFCON masih belum membayar sewa perkhidmatan audio.

Wartawan BeIN Yacine Benlamnouar melaporkan menerusi akaun Twitternya: “Beberapa saat lalu sebelum sidang media pra perlawanan antara Tunisia dan Burkina Faso, tiba tiba ada seseorang yang naik ke atas pentas. Dia kemudian mengambil kabel dan mikrofon di situ, lalu melarikan diri.”

“Walaupun jawatankuasa pertandingan mengejarnya, kemudian diketahui, rupa rupanya pihak penganjur menyewa peralatan ini dari dia, dan mereka masih tidak membayarnya lagi.”

Mungkin pihak penganjur terlepas pandang agaknya tentang bayaran. Dan perkara ini sudah diselesaikan dengan serta merta untuk membolehkan sidang media berjalan seperti biasa.

Tunisia dan Burkina Faso akan berentap dalam aksi suku akhir yang dijadualkan 3 pagi esok waktu Malaysia.

Ada 3 lagi perlawanan suku akhir yang akan menjadi tumpuan dalam AFCON 2020. Mesir akan berdepan dengan Maghribi yang dikira sebagai perlawanan paling mencuri tumpuan dalam suku akhir.

Sementara itu, satu lagi pasukan pilihan iaitu Senegal akan berdepan dengan Equatorial Guinea. Manakala tuan rumah, Cameroon pula akan berdepan dengan Gambia.

BACA JUGA: AFCON Pertahan Tindakan Pengadil: “Beliau Hilang Fokus Kerana Cuaca Terlalu Panas”

Ketua Pengadil Piala Afrika / AFCON 2021 telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang alasan pengadil dari Zambia, Janny Sikazwe meniup wisel penamat awal. Bukan sekali namun dua kali dia meniup wisel penamat sebelum 90 minit.

Pihak Pengadil AFCON menjelaskan bagawa, Sikazwe berbuat demikian kerana dia menderita strok haba dan dehidrasi yang teruk.

Kontroversi pengadil dalam aksi Mali vs Tunisia

Aksi antara Mali dan Tunisia penuh dengan kecelaruan. Mali menang 1-0 dalam aksi tersebut, hasil gol oleh Ibrahima Kone. Namun perlawanan ini lebih tertumpu kepada prestasi pengadil yang dianggap paling teruk setakat ini dalam Piala AFCON edisi kali ini.

Pengadil memberikan 2 penalti kontroversi, 1 kad merah dan beberapa siri pengadilan yang tak masuk akal dan pelik.

Mali dihadiahkan sepakan penalti minit ke-48 selepas Ellyes Skhiri didakwa menghadang bola dengan tangan. Kone menyempurnakan penalti dalam aksi debut AFCON beliau.=

Tunisia turut diberikan sepakan penalti pada minit ke-75 selepas reviu VAR – melihat insiden melibatkan pemain Southampton Moussa Djenepo yang handball. Malangnya Wahbi Khazri gagal menyempurnakan penalti tersebut yang diselamatkan penjaga gol Mali, Ibrahim Mounkoro.

Kemudian, pengadil perlawanan dari Zambia, Janny Sikazwe dengan peliknya meniup wisel penamat pada minit ke-85.

Pemain kedua dua pasukan terpinga pinga apabila Sikazwe mengarahkan mereka masuk ke terowong dan bersalaman.

Selepas itu perlawanan di disambung semula oleh pengadil yang menyedari kesilapannya.

Seminit kemudian, dia melayangkan kad merah kepada pemain Mali, El Bilal Toure kerana melakukan terjahan ke atas pemain lawan. VAR memintanya memeriksa semula sama ada ianya berhak mendapat kad merah.

Kerana menurut VAR, bentesan itu bukan kad merah. Namun pengadil kekal dengan pendiriannya dan dia tidak mengendahkan cadangan VAR walaupun dia sendiri sudah melihat di monitor di padang.

Tunisia meneruskan aksi, bermain dengan 10 pemain. Pengadil kemudian membunyikan wisel penamat sebelum masa sepatutnya sekali lagi iaitu kira kira baki 10 saat lagi.

Pemain pemain Tunisia tak berpuas hati kerana Sikazwe langsung tidak mahu memberikan masa kecederaan. Sedangkan banyak kali perlawanan terhenti sepanjang ianya berlangsung.

Sikazwe meninggalkan padang dengan diiringi pegawai keselamatan. Pengurus Tuinisia, Mondher Kebaier menunjukkan kemarahannya ke atas pengadil.

Kenyataan CAF selepas perlawanan

Drama pengadil tersebut sudah pastinya mendapat perhatian daripada Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).

Dalam kenyataan CAF, beberapa jam selepas tamat perlawanan, CAF menyatakan bahawa pengadil seharusnya meneruskan perlawanan dan masa kecederaan sekurang kurangnya 3 minit harus diberikan.

Setengah jam kemudian, CAF mengarahkan kedua dua pasukan masuk semula ke padang untuk menyambung aksi. Ianya benar benar membuatkan semua pemain terkejut termasuk pengurus Tunisia yang sedang berada di sidang media.

Wartawan bola sepak Algeria, Maher Mezahi berkata: “Sidang media jurulatih Mali, Mohamed Magassouba telah dihentikan seketika, pegawai meminta pasukan mereka masuk ke padang untuk menyambung semula perlawanan dengan 3 minit masa kecederaan untuk dimainkan.”

Namun CAF menegaskan bahawa pemain pemain Mali tak mahu masuk ke padang kerana mereka sudah dalam proses recovery selepas perlawanan.

Kemudian yang lagi pelik adalah pemain pemain Tunisia turut tidak mahu masuk ke padang. CAF meminta pemain pemain Tunisia masuk ke padang dan menunggu lawan mereka di sana. Namun mereka tak nak.

Jadi keputusan 1-0 kekal memihak Mali untuk mendapat 3 mata berharga berhadapan dengan pasukan Tunisia yang dianggap kuat.

AFCON pertahan tindakan Sikazwe

Sikazwe menerima banyak kritikan panas daripada peminat bola sepak. Ini termasuk cerita tentang bagaimana dia pernah digantung daripada tugasan pada 2018 kerana dituduh terlibat dalam rasuah.

Namun Ketua Pengadil AFCON iaituy, Essam Abdel-Fatah mempertahankan tindakan Sikazwe ketika aksi tempoh hari.

Ini kerana menurutnya, Sikazwe terpaksa dikejarkan ke hospital sebaik sahaja tamat perlawanan. AFCON turut menyatakan bahawa, prestasi pengadil tidak berada di tahap terbaik kerana masalah strok haba tersebut.

Essam berkata: “Pengadil menderita strok haba akibat cuaca terlalu panash. Dia juga mengalami dehidrasi yang teruk. Itu membuatkan dia hilang fokus dalam tugasannya dan dia terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tamat perlawanan.”

“Apabila berlaku krisis seperti itu, objektif untuk mengawal perlawanan telah hilang. Pengadil keempata adalah orang yang akan membantu menamatkan perlawanan ini. Namun kedua dua pasukan menolak untuk menyambung aksi.”

Baca yang lain