Mengejutkan! Ini Sebenarnya Sebab Ozil Undi Menentang Pemotongan Gaji

Semalam telah kecoh di media sosial tentang 3 pemain Arsenal yang mengundi untuk menentang idea pemotongan gaji 12.5% kelab dan kesemua yang lain pula bersetuju. Pengacara tv popular, Piers Morgan dan juga pundit Gary Neville, Jamie Carragher antara yang mengkritik Mesut Ozil.

Piers Morgan berkata: “Malulah kamu Ozil.”

Ini kerana menurut mereka, agak mengejutkan kerana pemain yang bergaji paling tinggi, menentang pemotongan gaji itu dalam usaha membantu kewangan kelab.

Namun koresponden ESPN mendedahkan pihaknya berjaya mendapatkan penjelasan sumber di Arsenal.

Memang Ozil undi tak setuju

Ozil dilaporkan memang mengundi untuk tidak setuju dengan pemotongan gaji. Namun beliau tetap akur dengan undian majoriti.

Seterusnya, ada sebab Ozil mengundi untuk membangkang idea itu. Ini kerana Ozil tidak mendapat penjelasan yang lebih jelas tentang ke mana wang gaji mereka yang dipotong itu akan disalurkan.

Sama ada ianya kepada tabung kewangan untuk gaji staf bukan? Untuk kebajikan? ataupun alasan lain.

Beliau mahukan jaminan bahawa gaji pemain yang dipotong itu adalah untuk kegunaan kelab dalam mengatasi impak semasa cov19.

Ozil: Ke mana wang ni nanti?

Ozil dilaporkan mahu tahu dan bimbang kalau wang itu adalah untuk kegunaan peribadi mana mana individu di pengurusan tertinggi.

Beliau bersuara bukan untuk gaji beliau sahaja, namun bersuara untuk gaji kesemua pemain secara kolektif.

Namun, Ozil di pihak minoriti dan beliau terpaksa akur.

Ozil mahukan jaminan bahawa wang itu tidak disalah guna dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi individu tertentu.

ESPN melaporkan Ozil masih kabur tentang hala tuju wang itu. Ini kerana beliau mahu memastikan wang itu benar benar untuk tujuan kebajikan dan membantu kewangan kelab.

Selain itu Ozil sendiri mahu menggunakan sejumlah wang untuk projek kebajikan beliau, terutama sekali ketika krisis kesihatan sekarang.

Ozil dan kebajikan

Beliau adalah atlet yang konsisten menyumbang kepada kebajikan menerusi Yayasan Mesut Ozil dengan purata sekitar £2 juta.

Kini beliau aktif dalam kebajikan bersama dengan isterinya. Sebelum ini, Ozil dan isterinya Amine membiayaai pembedahan 1,000 orang kanak kanak yang memerlukan sempena hadiah hari perkahwinan mereka.

Beliau dan isterinya sudah menyatakan komitmen akan terus membantu mereka yang memerlukan terutama sekali kanak kanak.

Mesut Ozil juga sedang terlibat dalam program kebajikan di kampung asal ibu bapanya, di Zonguldak, Turki. Di mana Ozil membina fasiliti bola sepak untuk membantu kanak-kanak di sana mendapatkan latihan bola sepak dan mengejar impian seperti beliau.

Ozil masih berunding

Ketika ini peguam Ozil masih lagi mahukan penjelasan daripada pihak Arsenal berkenaan dengan pemotongan gaji itu.

Ini kerana menurut Ozil, Arsenal terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan tidak tidak melakukan beberapa siri rundingan lagi.

Sedangkan ia melibatkan jumlah wang yang banyak.

ESPN juga mendedahkan ada beberapa pemain muda yang bergaji rendah juga tidak begitu setuju dengan pemotongan itu. Dan mereka meluah kepada wakil PFA dalam pasukan Arsenal bahawa mereka terpaksa.

Ozil juga merupakan duta kepada badan kebajikan kanak-kanak Rays of Sunshine yang aktif sejak 2018.

Arsenal umum kesepakatan

Semalam, Arsenal mengumumkan bahawa para pemain dan staf kejurulatihan mereka setuju untuk menerima pemotongan gaji 12.5% seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Pemotongan gaji ini adalah bersyarat. Di mana, kelab berjanji akan memberikan satu amaun bonus khas jika mereka menamatkan musim ini dan mara ke UCL.

Arsenal menyatakan segalanya akan kembali normal apabila musim ini ditamatkan dan mereka mendapatkan hak penyiaran penuh.

Arsenal dalam kenyataan mereka berkata:

“Kami dengan bangga mengumumkan bahawa kami telah mencapai kesepakatan sukarela dengan para pemain pasukan utama, ketua jurulatih dan staf kejurulatihan teras untuk membantu menyokong kelab pada masa yang genting ini.”

“Ianya hasil perbincangan positif dan membina. Dalam perbincangan ini, penekanan yang jelas tentang betapa seriusnya keadaan semasa yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan keinginan yang kuat bagi pemain dan kakitangan untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap keluarga Arsenal.”

“Pengurangan sebanyak 12.5 peratus daripada pendapatan tahunan akan berkuat kuasa bulan ini, dengan dokumen kontrak diselesaikan dalam beberapa hari lagi.”

“Sekiranya kita mencapai sasaran tertentu pada musim yang medatang, terutama sekali berkaitan dengan kejayaan di atas padang, kelab akan membayar sejumlah wang yang dipersetujui.”

“Kami akan dapat membuat pembayaran tersebut apabila pasukan mencapai sasaran tersebut – yang boleh ditentukan oleh pemain secara langsung, ini bermaksud kedudukan kewangan kelab akan lebih kuat.”

“Perjanjian tersebut adalah berdasarkan andaian bahawa kami akan menamatkan musim 2019/20 dan menerima pendapatan penyiaran sepenuhnya.”

“Penjimatan yang dikakukan ketika ini akan membantu menampung beberapa risiko kewangan yang kita hadapi pada musim ini.”

“Ianya berkaitan dengan pendapatan pertandingan dan pendapatan komersial kita.”

“Kami berbangga dan berterima kasih kepada para pemain dan kakitangan kerana telah bersama-sama menyokong kelab kita – dalam masa-masa yang belum pernah terjadi sebelumnya ini.”

“Ini merupakan beberapa cabaran paling sukar yang kita hadapi dalam sejarah kelab.”

Jadi diharap situasi di antara Arsenal dan Mesut Ozil dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

McCoist syak ada orang dalam sengaja rosakkan nama Ozil

Ally McCoist pula mengesyaki ada orang dalaman kelab yang sengaja mahu memburukkan nama Ozil dengan mendedahkan undian beliau.

Sedangkan perkara itu sepatutnya dirahsiakan demi kebaikan bersama. Paling teruk, kenapa nama Ozil sahaja yang disebut sebut daripada 3 nama?

McCoist berkata, apa sahaja pendirian Ozil, itu adalah pandangan peribadi beliau. Dan wang itu adalah hak beliau.